Bekerjasama dengan Bollinger
TradingView dengan berbesar hati ingin memperkenalkan BBTrend, satu penunjuk yang dicipta oleh John Bollinger, pelopor Bollinger Bands. Sebagai tambahan kepada memperkenalkan penunjuk baharu ini, kami juga telah menyemak semula penunjuk semasa Bollinger Bands kami di bawah pemerhatian langsung John. Proses ini adalah untuk memastikan kedua-dua alatan baharu dan dikemas kini ini memenuhi standard ketepatan beliau. Kerjasama kami memfokuskan kepada integrasi lancar kedua-dua penambah baikan ini kepada TradingView, memperkayakan platform dengan pengaruh kepakaran John dan mengekalkan integriti untuk kaedah analitikal beliau.
Pandangan ringkas mengenai Bollinger Bands®
Bollinger Bands adalah alat penting dalam analisa teknikal, secara khususnya digunakan untuk mengukur ketidakstabilan pasaran. Jalur-jalur ini mengandungi satu garisan tengah, iaitu simple moving average, diikuti oleh dua jalur luar mewakili sisihan piawai daripada purata. Kofigurasi ini membantu pedagang mengenalpasti sasaran harga dan mengesan keadaan terlebih beli atau terlebih jual.
Nilai BBTrend
BBTrend mengembangkan Bollinger Bands asal dengan memberikan satu pandangan lebih jelas mengenai trend pasaran. Ia menganalisa dua set Bollinger Bands berbeza — satu pendek dan satu panjang — dan memaparkan keputusannya dalam format histogram. Nilai-nilai di atas sifar menunjukkan satu trend bulis, manakala nilai-nilai di bawah sifar menunjukkan keadaan bearis. Jarak antara sifar menunjukkan kekuatan trend.
Bagaimana menggunakan BBTrend
Memasukkan BBTrend ke dalam strategi dagangan anda adalah mudah. Anda boleh sama ada menonton tutorial video kami untuk panduan lengkap atau mengikuti langkah-langkah yang diringkaskan di bawah video untuk rujukan pantas.
- Sesuaikan tetapan: Laraskan panjang Bollinger Bands pendek dan panjang dalam tetapan BBTrend untuk memadankan kepada kegemaran dagangan anda dan dinamik pasaran khusus yang anda sedang analisa.
- Baca histogram: Perhatikan histogram untuk menentukan arah trend pasaran. Nilai-nilai positif menunjukkan kepada satu trend bulis, manakala nilai-nilai negatif menunjukkan kepada satu trend bearis.
- Tentukan kekuatan trend: Nilaikan kekuatan trend dengan memerhatikan jarak bar-bar histogram dari garisan sifar. Semakin jauh bar-bar daripada sifar, semakin kuat trend.
- Kenalpasti potensi balikan trend: Tumpukan perhatian kepada puncak dan jurang pada histogram. Puncak boleh menunjukkan potensi trend tertinggi, manakala jurang mungkin mewakili potensi trend terendah.
- Perhatikan keamatan warna: Perhatikan perubahan dalam keamatan warna dalam bar-bar histogram, kerana ia boleh menunjukkan perubahan dalam momentum. Lebih tinggi ketepuan warna mencadangkan kekuatan yang semakin meningkat, manakala semakin cair warna menunjukkan satu trend yang semakin melemah.
Kesimpulan
BBTrend direka bentuk untuk memberikan pedagang satu pandangan mendalam kepada trend pasaran, mengukuhkan komitmen TradingView untuk menawarkan alatan analitikal termaju. Penunjuk baharu ini, yang dibangunkan melalui kerjasama kami dengan John Bollinger, memperkayakan mana-mana alat dagangan pedagang. Kami menggalakkan anda untuk mencuba BBTrend dan mengintegrasikannya kepada strategi dagangan anda.