Downloading...

Akses data kripto Bitazza di TradingView

Jul 15, 2024

Untuk memberikan anda lebih kebebasan dalam analisis pasaran, kami telah menginterasikan satu bursa baharu — Bitazza — kepada platform kami dan ia sekarang menghantar data kriptonya terus kepada carta anda.

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitazza adalah sebuah platform aset digital terpusat yang dikenali dengan perkhidmatan bergred institusinya. Ia menggunakan penghalaan pintar (smart routing) dalam pesanan domestik kepada pasaran antarabangsa, memastikan akses kepada kecairan yang tinggi. Visi Bitazza adalah untuk mencipta satu integrasi lancar untuk aset digital, bank pelaburan dan pembayaran tanpa tunai berasaskan blok rantai, memudahkan kepada satu ekosistem kewangan yang lebih efisyen.

Ia komited untuk menawarkan pedagang akses kepada pasaran aset digital paling cair dan aktif seluruh dunia, dengan penetapan harga dalam mata wang ASEAN. Dengan perkembangan industri aset digital yang semakin meluas, Bitazza berusaha untuk mempercepatkan penggunaan teknologi mata wang kripto menerusi infrastruktur yang dinaiktaraf dan keadaan dagangan yang menggalakkan.

Dengan integrasi terkini kami, data Bitazza sekarang boleh diakses pada carta anda. Cuma buka Carian Simbol dan taip awalan “BITAZZA:” untuk melihat semua pasangan mata wang kripto yang tersedia.

Kami harap data baharu ini akan membantu anda menelusuri pasaran kripto dengan lebih baik. Ada banyak lagi yang akan datang: kami juga merancang untuk memperluaskan integrasi kami bersama Bitazza dengan menambahkannya kepada senarai brokeraj kami supaya anda boleh menguji strategi anda dalam dagangan sebenar melalui bursa pada carta kegemaran anda. Tunggu makluman kami!

Teruskan berkongsi maklum balas anda dan jangan lupa Bitazza adalah satu daripada banyak lagi bursa di platform kami. TradingView secara berwibawa menyambungkan dengan ratusan suapan data, dengan akses terus kepada 1,357,880 instrumen dari seluruh dunia. Semua ini menjadikan TradingView sebagai satu-satunya sumber yang anda perlukan sebagai titik masukan untuk segalanya pasaran.

Terokai semua pasaran

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami