Meneruskan usaha kami dengan John Bollinger, kami berbesar hati untuk mempersembahkan Bollinger Bars — satu pendekatan baharu kepada pencartaan yang mengubah bar lilin anda. Dalam kata-kata John sendiri, ia mewakili satu “perkahwinan ekslusif antara bar eropah dan candlestick yang dikodkan dalam warna”, menambahkan satu lapisan kejelasan kepada aksi harga.
Kelebihan utama Bollinger Bars adalah ia menekankan secara visual julat harga penuh yang didagangkan semasa tempoh masa satu bar. Ekor nipis candlestick tradisi tidak menekankan aksi harga yang terjadi di luar julat antara buka dan tutup (badan candlestick).
Bollinger Bars mengekalkan kelebaran yang sama dari atas ke bawah, menggunakan warna untuk menghadkan kawasan berbeza pada bar. Warna biru digunakan untuk ekor manakala bawasan antara buka dan tutup adalah hijau semasa tutup di atas buka atau merah apabila tutup di bawah buka. Ini membantu menarik mata penganalisa untuk trend pengumpulan/pengedaran (accumulation/distribution trends), tempoh pemampatan dan julat harga besar yang mungkin mengandungi maklumat penting untuk membuat keputusan.
Bollinger Bars adalah direka untuk digunakan bersama-sama alatan Bollinger lain, mencipta satu sistem analisa komprehensif yang disyorkan oleh John sendiri. Cuba sekarang di TradingView dan alami gaya pencartaan ini sendiri.
Anda boleh menemukan Bollinger Bars dalam senarai Penunjuk (tekan ‘/’ semasa pada Carta Super). Kami mengesyorkan anda menggunakannya pada carta dengan bar lilin dan bar lilin volum untuk pandangan lebih optimum.
Kami menantikan apa yang kolaborasi kami boleh berikan kepada anda, pengguna kami dan terima kasih John untuk peluang bekerja bersama-sama dalam perkara ini.
Dan peringatan mesra yang kami adalah dipacu oleh maklum balas anda. Kami menghargai pandangan anda pada ciri terkini kami dan juga idea-idea tentang perkara baharu yang anda mahu lihat di masa hadapan!
Pasukan TradingView