Hari ini kami memperkenalkan tambahan terkini kepada alatan analisis pasaran kripto kami — Penyaring CEX. Produk baharu ini menyempurnakan kumpulan penyaring TradingView, melengkapkan penyaring Syiling Kripto dan DEX. Dengan Penyaring CEX, anda boleh menganalisa pasangan kripto yang didagangkan pada bursa-bursa terpusat dengan lebih efisyen.
Anda boleh menemukan semua penyaring kami, termasuk yang paling baharu, dalam menu utama. Bagaimana untuk pergi ke situ? Hanya pergi ke Produk dan pilih Penyaring.
Mari terokai ciri-ciri utama Penyaring CEX dan bagaimana ia boleh menambah baik analisis pasaran kripto anda.
Penyaring pra terbina untuk imbasan lebih pantas
Untuk membantu anda menjimatkan masa, kami telah mencipta koleksi yang boleh terus digunakan yang membenarkan anda untuk memantau pelbagai kumpulan pasangan kripto dengan mudah. Dengan penyaring-penyaring ini, anda boleh menjejak niaga hadapan perpetual dengan pergerakan harga ketara, kontrak ETH paling banyak didagangkan, menemukan pasangan dengan ketidakstabilan tinggi dan banyak lagi.
Anda boleh menemui penyaring-penyaring berguna ini dalam menu utama Penyaring CEX. Pilih Buka penyaring… dan layari bahagian penapis Popular.
Selain daripada itu, anda boleh mencipta dan mensesuaikan penyaring anda untuk memenuhi strategi dagangan khusus anda. Hanya klik Cipta penyaring baharu… dalam menu yang sama.
Pengurusan penapis yang mudah
Penapis adalah komponen utama untuk penyaringan pasaran lebih efektif. Dalam Penyaring CEX, penapis yang digunakan akan dipaparkan di atas jadual, memberikan anda gambaran keseluruhan pilihan semasa anda dan juga penapis akan datang.
Jika anda tidak dapat melihat penapis yang anda mahukan di panel, anda boleh mencarinya dengan mudah dan menambahkan mereka dengan mengklik butang +.
Penyaring CEX menawarkan penggunaan penapis yang meluas termasuk:
- Jenis simbol. Pilih antara pasangan semerta, hadapan atau kontrak perpetual.
- Mata wang asas. Pilih mata wang utama dalam pasangan dagangan.
- Mata wang sebut harga. Tentukan mata wang kedua dalam pasangan dagangan.
- Bursa. Tapis dengan platform dagangan terpusat.
- Volum dalam USD 24j dan Perubahan volum % 24j. Akses kecairan dan aktiviti dagangan.
Paparan data
Secara lalai, hasil ditapis adalah ditunjukkan dalam jadual berstruktur, membenarkan anda mengimbas dan menganalisa data utama dengan mudah.
Anda boleh menukar antara set laju berbeza menggunakan alat bar untuk memastikan anda fokus kepada metrik paling relevan.
Untuk analisis lebih mendalam, anda boleh menambahkan lebih banyak lajur dengan mengklik butang + pada bucu atas kanan jadual.
Jika anda menggemari pendekatan lebih visual, Penyaring CEX menyokong mod paparan Carta: ia membenarkan anda untuk memaparkan data pada carta seperti candlestick, bar dan banyak lagi.
Kami percaya Penyaring CEX akan menjadi satu alat bernilai untuk analisis pasaran mata wang kripto anda. Kami komited untuk terus menambah baik produk-produk kami dan tidak sabar untuk mendengar pandangan anda, jadi teruskan menghantar maklum balas kepada kami.