Downloading...

Memperkasakan dagangan: China Financial Futures Exchange (CFFEX) membawa data niaga hadapan ke TradingView

Sep 6, 2024

Maklumat adalah senjata paling bernilai untuk pedagang. Disebabkan itu, mengintegrasikan lebih banyak data kepada platform untuk melengkapkan anda untuk dagangan akan datang adalah keutamaan teratas kami. Hari ini, kami memperkenalkan China Financial Futures Exchange (CFFEX), yang mana data niaga hadapannya sekarang tersedia dari carta anda untuk analisis pasaran hadapan dengan lebih mendalam.

CFFEX ditubuhkan pada 8 September, 2006 di Shanghai. Bursa ini mengkhususkan dalam dagangan, penyelesaian dan penghantaran hadapan kewangan dan derivatif, menawarkan rangkaian produk kewangan yang meluas, direka bentuk untuk memudahkan pengurusan risiko kewangan. Dengan memastikan persekitaran yang stabil, efisyen dan telus, CFFEX menyumbang kepada pertumbuhan dan kestabilan pasaran modal pelbagai tingkat China dengan masa yang sama memupuk pembangunan ekonomi lebih besar.

CFFEX adalah komited dalam memajukan pasaran hadapan kewangan. Syarikat ini secara konsisten mencari rakan kongsi yang meningkatkan kerjasama dengan berkongsi maklumat, melatih kaki tangan, melakukan analisis perniagaan dan banyak lagi. Mengambil langkah seterusnya dalam misi mereka, CFFEX sekarang menyediakan data hadapan ke TradingView. Anda boleh mengakses niaga hadapan CFFEX dari carta anda dengan memasukkan awalan CFFEX: kedalam Carian Simbol.

Bukan itu sahaja, integrasi ini membenarkan anda menganalisa data baharu dengan kefungsian termaju termasuk menukar antara harga akhir dan penyelesaian, pelarasan belakang kontrak dalam hadapan berterusan dan nilai Open Interest untuk membantu anda menganalisa kontrak dan berdagang dengan lebih strategik.

Kami harap penambahan terkini kepada data kami ini akan membantu anda menelusuri pasaran hadapan dengan lebih efektif. Jangan lupa bahawa platform kami secara berwibawa menyambungkan dengan ratusan suapan data, dengan akses terus kepada 1,357,880 instrumen dari seluruh dunia — bermaksud ada banyak lagi boleh diterokai . Semua ini menjadikan TradingView sebagai satu-satunya sumber yang anda perlukan sebagai titik masukan untuk segalanya pasaran.

Terokai semua pasaran

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami