Downloading...

Data Crypto.com untuk meningkatkan analisis anda

Jun 20, 2024

Untuk terus menambah baik kebolehcapaian pasaran kripto, kami mengalu-alukan satu tambahan berguna baharu kepada liputan data  TradingView, Crypto.com, sebuah bursa kripto terkenal dunia dengan 700+ aset merentasi kelas Spot, Margin dan Derivatif.

Ditubuhkan pada tahun 2016 di Hong Kong, Crypto.com adalah terkenal kerana komitmennya kepada pematuhan peraturan, keselamatan dan privasi, menyediakan satu platform yang boleh dipercayai untuk pedagang seluruh dunia. Ia menonjol sebagai satu bursa dengan teknologi pacangan (tech stack) termaju yang menyokong lebih daripada 2.7J transaksi sesaat, dengan yuran antara yang terendah dan diikuti oleh 100 juta pengguna dari lebih daripada 90 negara seluruh dunia.

Crypto.com berusaha membawa visi masa hadapannya menjadi kenyataan — di mana Web3 adalah adil dan saksama, dimiliki oleh pembina, pencipta dan penggunanya. Di TradingView, kami turut berkongsi komitmen ini kepada inovasi dan kebolehcapaian, dan integrasi Crypto.com ini memperbaiki lagi pemilihan data kripto kepada pengguna-pengguna kami.

Mulakan perjalanan anda dengan Crypto.com dengan membuka carta dan menaip awal “CRYPTOCOM:” ke dalam carian simbol.

Kami harap tambahan kepada data kami ini akan membantu anda meneroka pasaran kripto dengan lebih efektif. Jangan lupa bahawa platform kami secara berwibawa menyambungkan dengan ratusan suapan data, dengan akses terus kepada 1,357,880 instrumen dari seluruh dunia. Semua ini menjadikan TradingView sebagai satu-satunya sumber yang anda perlukan sebagai titik masukan untuk segalanya pasaran.

Terokai semua pasaran

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami