Sentiasa kekal termaklum adalah penting dalam dunia dagangan. Disebabkan itu, membawa berita terkini kepada anda menjadi keutamaan kami. Selepas beberapa bulan bekerja keras, kami akhirnya sedia untuk menunjukkan anda hasilnya. Temui Aliran Berita, penyaring terkini kami, yang direka bentuk khas supaya anda tidak terlepas kemas kini paling penting dari berita kewangan dunia.
Untuk membantu anda kekal di hadapan perkara-perkara yang penting untuk analisis anda, penyaring berita kami menawarkan pelbagai penapis untuk mensesuaikan aliran berita mengikut minat atau senarai amatan anda. Membuka berita dalam skrin pisah (split screen) menjimatkan masa anda dengan mengelakkan pertukaran antara halaman-halaman berita berbeza, membolehkan anda mengekalkan fokus.
Mari kita lihat lebih dekat penyaring baharu ini.
Di sini anda akan menjumpai panel penapis (1), hasil tapisan disusun mengikut masa penerbitan (2), dan berita pilihan dipaparkan pada skrin pisah (3) dan bukannya pada tetingkap pop keluar berasingan.
Anda boleh mengenakan pelbagai penapis: menggunakan senarai amatan anda, simbol, pasaran, majlis korporat, wilayah dunia dan agensi berita. Anda boleh memilih pelbagai nilai-nilai dalam satu penapis.
Berita muncul dalam senarai tanpa anda perlu menyegarkan semula halaman. Apabila berita utama baharu muncul, ia akan berkelip dua kali untuk menarik perhatian anda.
Aliran Berita juga menyokong navigasi papan kekunci untuk memaksimumkan masa anda melayari menerusi kemas kini. Arahan utama termasuk:
- Navigasi senarai berita:
- Anak panah turun — memilih berita utama pertama dalam senarai.
- Enter — membuka berita dalam skrin pisah.
- Anak panah Naik/Turun, PgUp/PgDn, Home/End, Space — navigasi senarai. Jika skrin pisah dibuka, kandungannya akan berubah semasa anda bergerak menerusi senarai.
- Menukar fokus:
- Anak panah Kanan/Kiri (Tab/Shift+Tab) — menukar antara senarai dan berita yang dibuka.
- Navigasi kandungan berita yang dibuka:
- Anak panah Naik/Turun, PgUp/PgDn, Home/End, space — navigasi berita yang dibuka.
- Esc — menutup skrin pisah dengan berita.
Bermula adalah mudah — Aliran Berita terletak pada menu utama di bawah bahagian Produk:
Kami harap Aliran Berita akan membantu anda memfokuskan kepada apa yang penting kepada anda dalam aliran berita kewangan yang begitu banyak dan membantu menghasilkan strategi-strategi dagangan lebih baik.