Downloading...

Meluaskan penawaran data dengan niaga hadapan komoditi Euronext

Aug 15, 2024

Pasaran komoditi boleh menjadi sangat tidak stabil, jadi adalah penting untuk mempunyai data sebanyak mungkin untuk mencipta strategi yang terbaik. Disebabkan faktor ini, kami terus memperluaskan tawaran data kami dan hari ini, kami telah bersedia untuk memperkenalkan niaga hadapan komoditi dari Euronext, bursa pan Eropah terkemuka sekarang tersedia untuk analisis di TradingView.

Diwujudkan menerusi penggabungan bursa-bursa utama Eropah, hari ini Euronext berdiri sebagai infrastruktur pasaran pan Eropah terkemuka, menyediakan platform pertumbuhan yang teguh untuk syarikat, pelabur dan institusi sama ada di Eropah atau di seluruh dunia. Euronext menyokong pelbagai entiti, dari syarikat cip biru tempatan dan antarabangsa kepada perusahaan lebih kecil dalam masa yang sama menawarkan pelbagai kelas aset untuk didagangkan termasuk ekuiti, derivatif  dan bon kewangan dan komoditi, pasangan mata wang, ETF, dana dan produk berstruktur. 

Untuk langkah seterusnya dalam perkongsian kami, kami sekarang telah mengintegrasikan data hadapan komoditi disediakan oleh Euronext. Anda sekarang boleh mengakses kontrak niaga hadapan gandum dikilangkan, biji sesawit, gandum durum Eropah, jagung dan ikan salmon Eropah dari bursa Eropah utama terus dari carta anda.

Untuk melihat data baharu, buka Carian Simbol pada tab Hadapan, pilih kategori Pertanian dan taip awalan EURONEXT: dalam ruangan carian.

Kami harap tambahan data ini akan membantu anda menelusuri pasaran hadapan dunia dan mencipta strategi yang lebih baik. Teruskan berkongsi maklum balas anda dan jangan lupa bahawa Euronext adalah satu daripada banyak lagi. Platform kami secara berwibawa menyambungkan dengan ratusan suapan data, dengan akses terus kepada 1,357,880 instrumen dari seluruh dunia. Semua ini menjadikan TradingView sebagai satu-satunya sumber yang anda perlukan sebagai titik masukan untuk segalanya pasaran.

Terokai semua pasaran

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami