Meneruskan komitmen kami untuk mengembangkan akses pasaran dan fleksibiliti pelaburan, kami memperkenalkan data bursa Aquis di TradingView. Integrasi ini memberikan akses kepada rangkaian saham, dana dan resit depositori lebih luas, memastikan anda mempunyai pandangan dalaman yang anda perlukan untuk melakukan keputusan termaklum. Dengan data Aquis sekarang tersedia terus pada carta anda, anda boleh menavigasi pasaran Eropah dengan lebih tepat dan berkeyakinan.
Bursa Aquis adalah tempat dagangan berasaskan langganan yang mengkhususkan kepada ekuiti tunai pan-Eropah. Sebagai bursa saham ketujuh terbesar di Eropah, ia mengoperasikan pelbagai mekanisma dagangan inovatif, termasuk buku pesanan lit dan dark (lit and dark order book), lelongan berkala dan lelongan penutup alternatif terbesar rantau. Dengan nilai dagangan harian purata melebihi €2 billion dan merangkumi 16 pasaran Eropah, Aquis menyediakan persekitaran dagangan yang efisyen dan telus untuk pelabur institusi dan runcit.
Dengan menggabungkan data pasaran Aquis, kami memperkasakan pengguna dengan lebih peluang untuk menganalisa, membuat strategi dan mereka bentuk dagangan dengan lebih efektif. Saham, dana dan resit depositori baharu sudah tersedia untuk diakses di TradingView. Ambil maklum bahawa ada tiga kumpulan data dalam integrasi ini: simbol disenaraikan pada bursa Aquis, yang datang dari pasaran EU dan yang lain dihantar dari pasaran UK secara berasingan. Untuk melihat senarai penuh, taip satu daripada awalan dalam ruangan Carian Simbol: AQUIS:, AQUISUK:, or AQUISEU:.
Kami harap tambahan terbaharu ini kepada data kami akan membantu anda menerokai pasaran sejagat dengan lebih efektif. Ingat, platform kami dengan berwibawa menyambungkan kepada ratusan suapan data, dengan akses terus kepada 2,019,615 instrumen dari seluruh dunia — bermakna akan ada sesuatu untuk diterokai. Semua ini menjadikan TradingView sebagai satu-satunya titik masukan yang anda perlukan untuk segalanya pada pasaran dunia.