Downloading...

Sokongan carta tick diperluaskan di TradingView

May 26

Tahun lepas, kami melancarkan carta tick dalam beta, dengan liputan data terhad kepada pilihan beberapa bursa paling popular. Semenjak itu, kami telah bekerja keras untuk memperluaskan liputan dan hari ini, kami dengan berbesar hati mengumumkan bahawa data tick sudah tersedia untuk hampir semua bursa dan simbol di TradingView — membantu anda menganalisa dinamik pasaran dengan lebih tepat dan melakukan keputusan dagangan lebih termaklum.

Carta tick adalah disokong untuk hampir semua instrumen, kecuali:

TradingView menyambungkan kepada ratusan suapan data dan anda boleh mencari senarai terkini untuk pasaran yang disokong pada halaman data pasaran. Hampir semua pasaran dan aset ini sekarang menyokong carta berdasarkan tick, selain daripada senarai terkecuali di atas. Hebat bukan?

Carta tick membenarkan anda untuk membina bar-bar berdasarkan kepada bilangan transaksi yang ditentukan dan bukannya selang masa tetap. Setiap bar mewakili bilangan tick berturut-turut, tanpa mengira masa yang sudah berlalu, memberikan anda pandangan lebih jelas mengenai aktiviti pasaran — sama ada ia sedang meriah atau bergerak seperti siput babi. Perkara ini adalah penting terutamanya semasa tempoh yang tidak menentu, di mana keterlihatan terperinci kepada tindakan harga dan volum dagangan dapat membantu mengenal pasti trend dan bereaksi dengan lebih efektif.

Carta tick sekarang tersedia untuk pemegang pelan Expert dan Ultimate, dengan empat selang: 1T, 10T, 100T dan 1000T. Untuk membuka satu carta tick, masukkan selang masa yang dikehendaki melalui papan kekunci atau pilih dari menu lungsur turun selang masa.

Nota: Jika data tick tidak tersedia untuk simbol tertentu, selang masa tick akan diwarnakan kelabu dalam menu. Buat masa ini carta tick disokong hanya pada laman web dan platform atas meja — tunggu kemas kini untuk sokongan mudah alih nanti!

Untuk terjunan mendalam kepada carta tick, termasuk kelebihan dan kekurangannya, sila rujuk kepada artikel kami pada selang masa berdasarkan tick.

Kami terus menambah baik carta tick dan berminat mendengar maklum balas dan idea anda untuk menjadikan ia lebih baik. Terima kasih kerana membantu kami mempertingkatkan platform!

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami