Downloading...

Terokai niaga hadapan KRX di TradingView

Jan 22

Memperluaskan capaian data TradingView, kami mempersembahkan tambahan terbaru kepada data kami dari Korea Exchange (KRX) — sekarang anda boleh menganalisa niaga hadapan KRX terus pada TradingView. Selain daripada itu, niaga hadapan yang baru sahaja ditambahkan ini telah diintegrasikan dengan beberapa ciri-ciri berguna untuk menajamkan lagi penyelidikan anda. Mari kita lihat butiran mengenainya.

Rakan kongsi lama kami, Korea Exchange (KRX) telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi Korea semenjak tahun 1956. Ia berfungsi sebagai hab bagi syarikat-syarikat yang mencari pertumbuhan modal dan menawarkan peluang pelbagai untuk pelabur. KRX adalah pusat kepada KOSPI, penanda aras indeks pasaran saham Korea, yang menampilkan syarikat-syarikat terkenal dunia seperti Samsung Electronics, Hyundai Motor dan LG Electronics. Ini menjadikan pasaran Korea sebagai sebuah destinasi menarik untuk pedagang dan pelabur seluruh dunia.

Dalam pembangunannya yang berterusan, bursa ini telah menjadi sejagat untuk membantu pedagang seluruh dunia menembusi pasaran Korea. Anda sudah mempunyai peluang untuk menganalisa saham, dana dan indeks KRX, dan sekarang anda boleh menambahkan niaga hadapan ke dalam senarai dagangan. Untuk memasukkan data baharu ke dalam penyelidikan pasaran anda, hanya buka Carian Simbol, taip awalan KRX: dan pilih tab Hadapan.

Integrasi ini tidak terhad hanya di sini sahaja: niaga hadapan dari Bursa Korea datang bersama-sama dengan kefungsian termaju, termasuk menukar antara harga akhir dan penyelesaian dan nilai Open Interest untuk membantu anda menilai kontrak dengan lebih baik dan berdagang dengan lebih strategik. Selain daripada itu, anda boleh mengakses kontrak pelarasan belakang dalam hadapan berterusan. Di sini, untuk membantu anda kekal termaklum apabila kontrak bertukar, kami juga telah menambahkan label istimewa, yang anda boleh aktifkan dari menu Peristiwa dalam tetapan carta.

Kami harap tambahan terkini kepada data kami ini akan membantu anda menerokai pasaran sejagat dengan lebih efektif. Ingat, platform kami dengan berwibawa menyambungkan kepada ratusan suapan data, dengan akses terus kepada 2,019,615 instrumen dari seluruh dunia — bermakna akan ada sesuatu untuk diterokai. Semua ini menjadikan TradingView sebagai satu-satunya titik masukan yang anda perlukan untuk segalanya pasaran.

Terokai semua pasaran

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami