Downloading...

Maksimumkan strategi anda dengan jam dagangan dilanjutkan dalam Dagangan Kertas

Jan 21

Kami terus menambahkan ciri-ciri baharu untuk membantu anda menyelam dengan lebih dalam kepada pasaran. Hari ini, kami memperkenalkan penambah baikan terkini kepada alat Dagangan Kertas — berdagang semasa jam pasaran dilanjutkan, termasuk pra pasaran dan sesi selepas jam dagangan, dan ia sudah tersedia sekarang.

Kemas kini ini menjadikan dagangan simulasi lebih realistik, membenarkan anda menguji strategi dengan lebih dinamik dan bersedia untuk pelbagai scenario pasaran. Mari kita lihat apakah ia.

Bagaimana ia berfungsi

Ciri baharu ini tersedia untuk pesanan had yang diletakkan pada simbol dengan sesi dagangan dilanjutkan. Anda boleh menemukan kota semak baharu dalam panel Pesanan:

  • Luar RTH. Mengaktifkan pelaksanaan pesanan di luar jam dagangan biasa.
  • Luar RTH Ambil Untung. Membenarkan pelaksanaan pesanan Ambil Untung semasa jam dilanjutkan.

Untuk jenis pesanan lain, hanya pilihan Luar RTH Ambil Untung sahaja tersedia.

Selain daripada itu, panel dagangan sekarang mengandungi lajur Arahan baharu. Pesanan yang boleh dilaksanakan semasa sesi dagangan dilanjutkan akan ditandakan sebagai Luar RTH, menjadikan mereka senang dijejak dan diuruskan.

Kebaikan

Ciri baharu ini berguna dalam banyak segi.

  1. Dapatkan fleksibiliti dalam memilih masa untuk pelaksanaan pesanan.
  2. Cari peluang baharu untuk memaksimumkan masa dagangan.
  3. Meningkatkan kecekapan dagangan, terutama sekali dengan pesanan Ambil Untung di luar jam standard biasa.

Dengan kemas kini terkini ini, anda lebih mudah untuk menyesuaikan diri kepada keadaan pasaran yang sentiasa berubah-ubah, belajar untuk memberikan reaksi kepada berita tergempar dan bersedia untuk dagangan masa nyata, jadi kami yakin bahawa pedagang yang mencari jalan untuk menajamkan kemahiran mereka akan mendapati alatan ini adalah sangat berguna.

Di TradingView, kami sentiasa menambah baik platform kami dan memperkenalkan ciri-ciri baharu untuk membantu anda mencapai sasaran dagangan anda, jadi sila hantarkan maklum balas dan cadangan anda.

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami