Kami sentiasa bekerja keras untuk melengkapkan TradingViewers dengan alatan terbaik untuk memastikan mereka mendapat semuanya yang diperlukan untuk melayari pasaran. Dan memang sukar untuk mencari hadiah untuk seseorang yang mempunyai segalanya, tetapi kami telah menyediakan sesuatu yang sempurna — anda sekarang boleh menghantar kepada pengguna yang lain satu langganan TradingView untuk mengucapkan tahniah, berterima kasih atau menyokong mereka dalam penyelidikan pasaran mereka!
Menghantar satu hadiah adalah mudah: buka profil pengguna yang anda mahu berikan hadiah, klik “Hantar hadiah,” pilih satu pelan dan kami akan mengaturkannya untuk anda.
Berikut adalah penjelasan pantas untuk anda ketahui:
- Anda boleh memilih dari tiga pelan — Essential, Plus atau Premium.
- Sebelum anda menghantar hadiah, pastikan penerima memenuhi syarat: mereka perlu mempunyai satu akaun TradingView tanpa pelan aktif.
- Langanan akan diaktifkan sebaik sahaja anda melengkapkan pembelian anda. Penerima akan terus menerima e-mel dan notifikasi laman web mengenai hadiah mereka.
- Langganan adalah sah untuk setahun, memberikan penerima anda akses 365 hari, tanpa pembaharuan automatik.
- Pembelian adalah peribadi sepenuhnya: hanya anda boleh melihat butiran pembelian dan invois.
Sama ada ia adalah satu cara menghargai kemahiran dagangan seseorang atau hanya sekadar niat baik, ciri baharu ini membenarkan anda menyokong rakan-rakan dan kawan sekerja anda dalam perjalanan dagangan mereka. Kami harap ia berguna dan akan mencipta lebih banyak pengguna TradingView berkuasa di luar sana.
Tunggu kemas kini kami untuk lebih maklumat.
Pasukan TradingView