Kami secara konsisten terus menambahkan data baharu dan menambah baik tawaran semasa kami — semuanya untuk memastikan anda dilengkapi sepenuhnya untuk mereka strategi dagangan dalam semua jenis tingkatan kesulitan. Pada hari ini, kami memberikan anda data hadapan ditambah baik dari Hong Kong Stock Exchange: anda sekarang boleh melaras belakangkan kontrak, menggunakan harga penyelesaian dan menjejak Open interest. Mari kita lihat lebih dekat kemas kini ini dan menentukan bagaimana ia boleh membantu dalam analisis anda.
Pelarasan belakang untuk kontrak sebelumnya
Disebabkan percanggahan harga merentasi kontrak-kontrak berbeza boleh menyebabkan analisa pergerakan sejarah harga menjadi sukar, ciri ini boleh memberikan impak ketara kepada reka bentu strategi anda. Ia membantu anda melaraskan harga kontrak sebelumnya dalam hadapan berterusan dan disebabkan itu, ia membuang jurang dan berfungsi untuk rollover effect. Ciri ini didatangkan dengan label memaparkan tarikh roll – ia akan membantu anda menavigasi pertukaran kontrak pada carta.
Mengaktifkan pelarasan belakang adalah mudah: hanya klik pada butang B-ADJ button pada bahagian bawah carta atau pilih kotak “Laraskan untuk perubahan kontrak” dalam tetapan carta. Untuk maklumat lanjut, lawati Pusat Bantuan.
Harga penyelesaian
Kami turut memperkenalkan harga penyelesaian kepada carta kami. Sekarang anda boleh memilih antara harga akhir atau harga penyelesaian sebagai nilai penutup untuk kontrak. Harga penyelesaian, ditentukan oleh bursa pada penghujung setiap hari dagangan, boleh menjadi sangat berguna kerana ia memberikan satu gambaran lebih jelas mengenai keuntungan dan kerugian untuk posisi anda. Untuk bertukar antara pilihan-pilihan ini, klik butang SET pada bahagian bawah carta atau pilih pilihan “Guna penyelesaian sebagai penutup pada selang harian” dalam tetapan carta.
Sila ambil maklum bahawa harga penyelesaian adalah tidak dipaparkan semasa selang intrahari. Untuk maklumat lanjut, sila baca artikel ini.
Open interest
Untuk lebih memperkayakan analisis pasaran anda, kami telah menambahkan penunjuk Open Interest untuk niaga hadapan HKEX. Open interest menunjukkan bilangan kontrak derivatif yang masih dibuka dan belum diselesaikan. Dengan itu, ia boleh menawarkan pandangan berguna kepada sentimen pasaran. Sebagai contoh, satu open interest yang semakin berkurang menunjukkan pedagang-pedagang sedang menutup posisi mereka, yang bermaksud bahawa satu trend melemah sedang berlaku untuk niaga hadapan yang anda sedang analisa. Untuk mengakses data ini, buka menu Penunjuk, Metrik & Strategi dan pilih penunjuk Open Interest.
Kami harap penambah baikan ini dalam data niaga hadapan HKEX akan menjadikan pengalaman dagangan anda lebih efisyen dan mendalam. Jangan lupa yang platform kami secara berwibawa menyambungkan dengan ratusan suapan data, dengan akses terus kepada 1,357,880 instrumen dari seluruh dunia. Semua ini menjadikan TradingView sebagai satu-satunya sumber yang anda perlukan sebagai titik masukan untuk segalanya pasaran.