Downloading...

Memanfaatkan harga penyelesaian, pelarasan belakang, roll date dan Open interest dalam data hadapan ICE Futures U.S. dan Matba Rofex

May 15, 2024

Bertujuan untuk memberikan anda dengan semua alatan dan maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan termaklum, kami telah memperkenalkan penambah baikan kepada data hadapan yang datang dari dua sumber sejagat: ICE Futures U.S. dan Matba Rofex, sebuah penyedia dagangan niaga hadapan dan opsyen dari Argentina. Niaga hadapan sekarang akan datang dengan ciri-ciri tambahan yang boleh meningkatkan pengalaman dagangan anda. Mari kita melihat perubahan dan bagaimana ia dapat memanfaatkan anda.

Pelarasan belakang pada kontrak sebelumnya

Salah satu tambahan utama adalah keupayaan untuk melaraskan belakang kontrak terdahulu dalam hadapan berterusan. Percanggahan harga antara kontrak-kontrak berbeza boleh merumitkan analisis pergerakan harga dari masa ke semasa, tetapi ciri pelarasan belakang dapat membantu pengguna melaraskan harga kontrak sebelumnya, dengan berkesan mengambil kira impak rollover dan membuang jurang. Untuk membantu anda menavigasi dengan lebih mudah penukaran kontrak, kami telah menambahkan label dengan roll date kepada carta.

Untuk mengaktifkan kefungsian ini, hanya klik pada butang B-ADJ pada bahagian bawah carta atau pilih kotak “Laras untuk perubahan kontrak” dalam tetapan carta. Untuk panduan lebih lanjut, periksa Pusat Bantuan kami.

Harga penyelesaian

Satu lagi kemas kini berguna adalah tambahan harga penyelesaian kepada carta kami. Pilihan ini membantu anda memilih antara harga penyelesaian dan harga akhir sebagai nilai penutup kontrak untuk dipaparkan pada carta. Harga penyelesaian, ditentukan oleh bursa pada penutup setiap hari dagangan, memberikan paparan lebih telus kepada keuntungan dan kerugian yang dikaitkan dengan posisi anda. Untuk menukar antara pilihan-pilihan ini, hanya klik pada butang SET pada bahagian bawah carta atau pilih pilihan “Guna penyelesaian sebagai tutup pada selang harian” dalam tetapan carta.

Ambil maklum bahawa harga penyelesaian adalah tidak kelihatan semasa selang intrahari. Untuk maklumat lanjut, sila baca artikel ini.

Open interest

Satu kemas kini utama lain yang boleh membantu anda memahami sentimen pasaran: kami telah menambahkan penunjuk Open interest untuk niaga hadapan ICE Futures U.S. dan Matba Rofex. Open interest bukan hanya menunjukkan bilangan kontrak derivatif yang masih dibuka dan belum diselesaikan tetapi juga memberikan pandangan dalaman berguna kepada sentimen pelabur. Untuk mengakses data ini, buka menu Penunjuk, Metrik & Strategi dan pilih penunjuk Open interest.

Kami harap penambah baikan ini dapat membantu anda mencari peluang-peluang baharu dalam pasaran hadapan dunia. Jangan lupa bahawa platform kami secara berwibawa menyambungkan dengan ratusan suapan data, dengan akses terus kepada 1,357,880 instrumen dari seluruh dunia. Semua ini menjadikan TradingView sebagai satu-satunya sumber yang anda perlukan sebagai titik masukan untuk segalanya pasaran.

Terokai semua pasaran

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami