Hari ini, kami memperkenalkan satu daripada ciri paling banyak dipinta: carta tick (dalam beta). Carta tick membenarkan anda untuk membina bar-bar berdasarkan kepada satu bilangan transaksi yang ditentukan dan bukannya selang masa tetap. Setiap bar pada carta sebegini mewakili satu set bilangan tick berterusan, tidak mengira masa yang telah berlalu, yang dapat memberikan pandangan granular untuk aktiviti pasaran.
Disebabkan logik pembinaan ini, carta tick dapat memberikan gambaran lebih jelas bila pasaran paling aktif atau paling kurang bergerak. Tambahan lagi, mereka memberikan perspektif lebih mendalam untuk tindakan harga, trend dan volum dagangan, yang membantu mempercepatkan keputusan dagangan. Apabila berdagang dalam masa ketidakstabilan sangat tinggi, bar-bar tick memberikan pemvisualan lebih baik untuk tindakan dagangan dalam pasaran berbanding carta berasaskan masa.
Jika anda mempunyai satu daripada pelan bertaraf Profesional – Expert, Elite atau Ultimate – anda boleh terus mencuba tick. Pada masa ini, ada empat selang masa yang anda boleh pilih: 1T, 10T, 100T dan 1000T. Untuk membuka satu carta tick, sama ada taip selang masa pada papan kekunci anda jika anda telah membuka carta atau pilih selang masa berasaskan tick yang anda ingini dari menu lungsur turun Selang masa.
Sila ambil maklum bahawa tidak semua bursa mempunyai data tick pada masa ini. Anda boleh mendapatkan senarai terkini semua bursa yang menyokong, termasuk kelebihan dan kekurangan carta tick dalam artikel selang masa berasaskan tick ini.
Ciri ini sekarang berada dalam fasa Beta, jadi kami sangat menghargai maklum balas dan cadangan anda — kami suka mendengar dari anda.
Terima kasih kerana memilih TradingView.