Downloading...

Memperkenalkan Penyaring Bon: satu alat baharu untuk strategi pelaburan anda

Dec 12, 2024

Bekerja di belakang tabir, pasukan kami telah menyediakan beberapa kemas kini baharu untuk anda. Ucapkan hai kepada Penyaring Bon baharu kami. Tambahan berkuasa kepada kit alatan kami adalah direka untuk anda menerokai, menganalisa dan menjejak bon dengan lebih efektif.

Anda boleh menemukan Penyaring Bon dalam bahagian Produk pada menu utama di bawah Penyaring.

Mari kita lihat ciri utama dan bagaimana alat ini dapat membantu memperbaiki analisis pasaran anda.

Skrin prabina

Kami telah mencipta beberapa skrin sedia digunakan untuk anda menjejak kumpulan-kumpulan bon berbeza, seperti US Treasuries, bon Sovereign dalam USD dan banyak lagi. Anda boleh mencari templat ini dalam menu Penyaring utama. Hanya klik Penyaring Bon dan pilih Buka Skrin…

Mahu mensesuaikan pandangan anda? Anda boleh mencipta templat peribadi yang memaparkan hanya bon yang sejajar dengan strategi anda. Hanya klik Cipta skrin baharu… dalam menu yang sama untuk bermula.

Akses pantas kepada penapis

Penapis adalah penting kepada Penyaring Bon, membantu anda memfokuskan kepada bon yang paling penting untuk anda. Penapis aktif, termasuk juga penapis akan datang adalah dipaparkan di atas jadual.

Jika anda perlukan tambahan penapis, klik ikon + pada bar atas untuk mencari dan menambahkan yang baharu.

Ada pelbagai penapis berguna. Penyaring ini datang dengan pelbagai parameter istimewa yang meluas untuk menganalisa bon. Berikut adalah beberapa penapis utama dan bagaimana mereka boleh menyokong strategi pelaburan anda:

Hasil kepada kematangan Cari instrumen dengan hasil tertinggi
Hasil kepada call/put Kenalpasti bon dengan pilihan penebusan awal (callable atau puttable)
Hasil kepada paling buruk Cari bon dengan menilai scenario terburuk untuk penebusan awal
Hasil terkini Bantu menilai hasil terkini
Tarikh kematangan Bantu merancang garis masa pelaburan dan kecairan
Pengelasan pengeluar Membenarkan kepelbagaian portfolio anda dengan sifat utama: Pengeluar, Negara, Sektor, Industri
Penarafan S&P pengeluar (jangka masa panjang) Menilai realibiliti pengeluar untuk membantu mengurus risiko kredit
Penarafan S&P Mengukur kualiti kredit untuk bon tertentu
Jenis penebusan (Call/Put) Pilih bon dengan pilihan penebusan awal
Frekuensi kupon Bantu merancang aliran tunai biasa
Tarikh kupon berikutnya Gunakannya untuk menjajarkan aliran tunai pelaburan anda
Mata wang Keluaran & Kupon Bantu menguruskan risiko mata wang
Jenis kupon Pilih bon dengan jenis kupon (terapung/tetap/kupon sifar)
Jumlah denominasi minimum Pastikan kemampuan bon untuk portfolio anda

Paparan keputusan

Keputusan yang ditapis dipaparkan dalam format jadual secara lalai, dengan pilihan untuk penyesuaian. Anda boleh bertukar dengan mudah antara set lajur menggunakan bar alat dan melaraskan jadual untuk memenuhi keperluan anda.

Jika anda mahu menambah atau mensesuaikan lajur, klik pada butang + di bucu kanan atas jadual.

Penyaring Bon masih dalam pembangunan dan kami akan terus memperbaikinya. Maklum balas anda adalah penting kepada kami, jadi beritahu kami apa yang anda fikirkan dan kongsi cadangan anda untuk membantu kami menjadikan TradingView lebih baik.

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami