Semua perkara hebat pasti akan berakhir, termasuk juga pertandingan dagangan kertas istimewa kami. Ditaja oleh CME Group dan berpusat pada pasaran niaga hadapan yang dinamik, ia telah menjadi satu pertandingan yang paling tegang di TradingView, yang menyebabkan pengumuman pemenang menjadi lebih dramatik.
Sebelum kita pergi kepada pemenang, mari kita sekali lagi memberikan ucapan terima kasih kepada semua peserta yang telah menjadikan pertandingan ini sebagai suatu peristiwa yang hebat — kami berterima kasih kepada semua 59,187 pedagang yang telah melaksanakan lebih daripada 3 juta dagangan dan mengumpul bersama-sama hampir satu billion dolar dalam untung maya pada akaun dagangan kertas mereka. Anda telah bekerja keras, bertindak pantas dan kekal teguh kepada semangat TradingView iaitu lihat dulu sebelum melompat.
Akan tetapi, ada lima pedagang yang bersinar lebih gemilang daripada yang lain. Kemahiran mereka telah terbukti lebih mendalam dan strategi mereka lebih bertenaga. Mari kita lihat siapakah yang telah merebut lima hadiah teratas dalam The Leap dan terjun lebih dalam kepada statistik mereka.
Tempat pertama, hadiah $3,000 — BenBernanke1
Tempat kedua, hadiah $1,500 — FLaShAi
Tempat ketiga, hadiah $1,200 — Undef
Tempat keempat, hadiah $1,000 — HeLLBoY_DEagle
Tempat kelima, hadiah $800 — pevar30
Akan tetapi pertandingan tidak berakhir di sini. Kami juga menganugerahkan hadiah kepada lebih banyak pedagang untuk usaha tiada tandingan mereka — kerja keras mereka tidak sia-sia dan mereka juga akan menerima bahagian mereka daripada kumpulan hadiah kami.
- 20 lagi pedagang akan menerima hadiah $500 untuk setiap seorang
- 25 pedagang akan menerima hadiah $300 untuk setiap seorang
- 200 peserta akan menerima sambungan enam bulan langganan
Selain daripada statistik individu pemenang, kami juga mengumpulkan pandangan dalaman berguna dalam keseluruhan trend. Di bawah, anda boleh memeriksa kontrak paling popular, jumlah untung dan rugi dan lebih banyak corak yang menarik. Data ini boleh menjadi kelebihan untuk anda dalam cabaran dagangan kertas kami akan datang — lagipun, ilmu adalah kuasa.
Tidak sempat menyertai baru-baru ini? Jangan risau, akan ada peluang baharu untuk anda mencuba kemahiran anda tidak lama lagi. Jadi siap sedia untuk pertandingan kami akan datang dan mulakan dengan meneliti pautan bantuan di bawah:
- Tonton panduan Leap kami
- Periksa soalan-soalan lazim mengenai The Leap
- Bersiap-sedia untuk pertandingan akan datang!
Pasukan TradingView