Masanya sudah datang untuk meregangkan otot dagangan, mengasah strategi anda dan mengambil satu lompatan lain dengan kami — pertandingan dagangan kertas kami telah kembali. Selepas menyaksikan berjam-jam aksi dagangan, melihat jutaan keuntungan dalam akaun dagangan kertas dan memberikan ratusan hadiah, kami masih tidak jemu dengan keghairahan anda untuk pasaran, jadi kami, bersedia melakukannya sekali lagi, bermula dari 1 November.
Seperti biasa, The Leap akan mengambil masa 30 hari, di mana pedagang akan bertanding sesama sendiri untuk memenangi hadiah — semuanya pada masa yang sama belajar berlatih kemahiran dagangan anda. Tanpa risiko.
Kesemua pertandingan berada dalam ciri Dagangan Kertas kami, jadi tiada wang akan didepostikan, tiada akaun brokeraj akan dibuka dan tiada kos tersembunyi menghalang perjalanan anda. Bagaimana untuk menjadi juara? Satu-satunya kriteria yang kami gunakan untuk memilih pemenang adalah keuntungan dalam akaun dagangan kertas anda.
Untuk hadiah, pada pusingan kali ini, kami telah menggegarkan kumpulan hadiah kami dan menilai semua pengagihan: bersama-sama dengan hadiah tunai tradisi kami, kami juga memberikan sambungan pelan kepada pelan sedia ada pemenang — kerana sentiasa ada ruang untuk penambah baikan dan anda perlukan semua alatan untuk memperkemaskan strategi anda:
- Tempat pertama — $3,000
- Tempat kedua — $1,500
- Tempat ketiga — $1,200
- Tempat keempat — $1,000
- Tempat kelima — $800
- Tempat keenam hingga ke 25 — $500
- Tempat ke 26 hingga ke 50 — $300
- Tempat 51 hingga ke 250 — tambahan 6 bulan kepada pelan semasa anda
Bersedia untuk melakukan The Leap? Berikut adalah caranya.
- Log masuk ke dalam akaun berbayar TradingView anda
- Daftar untuk pertandingan
- Mula berdagang kertas sebaik sahaja pertandingan bermula
Pertandingan bermula pada 1 November, tetapi sebelum anda bermula, pastikan anda memeriksan pautan berguna berikut.
- Periksa Pusat Bantuan kami untuk mengetahui lebih lanjut
- Baca Terma dan Syarat kami
- Pelajari bagaimana untuk melakukan dagangan kertas supaya anda sudah bersedia apabila pertandingan bermula
Terima kasih kerana membaca dan kami menanti-nantikan siapa akan berada di tempat teratas.