Anda tidak terfikir kami akan melangkau satu pusingan pertandingan dagangan kertas The Leap, bukan? Sekarang masanya untuk menguji kemahiran dagangan anda sekali lagi. The Leap baharu akan bermula dari 1 April (bukan gurauan!). Kali ini, pertandingan akan ditaja oleh Pepperstone dan ia datang dengan beberapa kemas kini menarik, jadi mari kita bincangkan satu per satu.
Pada asasnya, The Leap kekal sama. Ia adalah cabaran dagangan tanpa risiko selama 1 bulan dengan hadiah sebenar. Semasa pertandingan ini, pengguna berkumpul untuk melihat analisa dan pembuatan strategi siapakah yang lebih berkuasa — semuanya dalam satu persekitaran yang selamat, tiada risiko dan tiada komisyen. Sasarannya? Memaksimumkan keuntungan pada akaun dagangan kertas istimewa pada penghujung pertandingan dan ditabalkan sebagai juara.
Dalam kerjasama dengan Pepperstone, The Leap kali ini menawarkan pelbagai aset yang boleh didagangkan: daripada komoditi dan indeks kepada forex dan pasangan kripto — pilih yang mana anda rasa sesuai untuk anda dan pendekatan dagangan anda. Temui senarai penuh pada halaman peraturan The Leap dan gunakan masa yang ada dengan bijak — kerana perancangan yang bijak selalunya mendatangkan hasil.
Hadiah-hadiah kami juga adalah pelbagai dan semestinya akan menyebabkan anda berpuas hati: 250 hadiah, termasuk wang tunai dan sambungan pelan. Berikut adalah senarai hadiah yang anda boleh rebutkan:
- Tempat pertama — $3,000
- Tempat kedua — $1,500
- Tempat ketiga — $1,200
- Tempat keempat — $1,000
- Tempat kelima — $800
- Tempat keenam sehingga ke 25 — $500
- Tempat ke 26 sehingga ke 50 — $300
- Tempat dari 51 ke 250 — 6 bulan tambahan kepada pelan semasa anda
Ada pelbagai peluang untuk mendapatkan hadiah yang hebat, tetapi The Leap bukan hanya untuk kemenangan — ia adalah tentang menajamkan kemahiran dagangan anda. Dengan sokongan Pepperstone, sebuah broker forex dan CFD terkemuka Australia, cabaran ini menjadi satu kawasan utuh untuk pedagang seluruh dunia.
Ditubuhkan 15 tahun lepas oleh sekumpulan pedagang berpengalaman, Pepperstone sentiasa mensasarkan untuk menjadikan dagangan atas talian lebih baik dengan menawarkan harga yang kompetitif secara konsisten, pelaksanaan pantas dan kecairan yang tinggi pada beberapa instrumen. Pada hari ini, misi itu akan diteruskan dengan tajaan mereka untuk The Leap, memastikan pedagang mempunyai aset dan peluang untuk menguji strategi mereka.
Ambil maklum, bahawa pengguna dari AS dan Kanada tidak dibenarkan bertanding dalam pertandingan disebabkan kekangan regulasi.
Sedia untuk menyertai The Leap? Berikut adalah butiran.
- Log masuk ke dalam akaun TradingView berbayar anda
- Daftar untuk pertandingan
- Mula berdagang kertas sebaik sahaja pertandingan bermula
Pertandingan bermula pada 1 April, tetapi sebelum anda bermula, pastikan anda memeriksa pautan-pautan berguna berikut.
- Pelajari lebih banyak mengenai The Leap dalam Pusat Bantuan kami
- Baca Terma dan Syarat kami
- Belajar bagaimana untuk berdagang kertas supaya anda sedia apabila pertandingan bermula
Terima kasih kerana membaca dan kami menunggu dengan debaran untuk melihat siapakah yang akan menjadi pemenang teratas.
Berdagang pada akaun dagangan kertas tidak memberikan risiko kepada modal anda. Akan tetapi, berdagang pada akaun langsung dengan wang sebenar membawa risiko yang ketara. 74-89% akaun pedagang runcit kehilangan wang apabila mendagangkan CFD dengan penyedia ini.