Downloading...

Kunci posisi carta apabila menukar selang masa

Nov 27, 2024

Pasukan kami telah bekerja keras membangunkan ciri baharu untuk menjadikan pengalaman pencartaan anda menjadi lebih lancar. Sekarang anda boleh mengunci posisi bucu kiri carta semasa menukar selang masa untuk menganalisa data dengan lebih efektif.

Dengan ciri baharu ini, anda tidak lagi perlu menatal balik kepada titik yang anda analisa setiap kali anda menukar selang masa. Sebagai contoh, anda boleh menukar dari selang 1 jam kepada pandangan 30 minit, dan carta akan kekal dikunci pada posisi yang sama dalam sejarah data.

Ciri ini adalah lebih berguna jika anda menganalisa data sejarah untuk tempoh masa yang sama pada selang masa berbeza. Ia memastikan anda kekal fokus pada tempoh masa yang anda sedang analisa tanpa kehilangan masa dan konteks.

Anda boleh mengaktifkan ciri baharu ini dalam tetapan carta, pada tab Skala dan garis.

Kami harap ciri yang sangat diminta ini berguna dalam analisis anda. Sentiasa hantar kami maklum balas anda — ia membantu kami menambah baik platform untuk anda.

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami