Anda sekarang boleh masuk dengan lebih dalam kepada trend ekonomi sejagat dengan satu bahagian terbaru di TradingView – Carta Ekonomi. Terokai carta dan peta terperinci penunjuk ekonomi utama untuk negara-negara maju untuk memahami trend dalam ekonomi sejagat. Lihat negara mana yang mempunyai inflasi atau pertumbuhan KDNK tertinggi dalam visual yang jelas untuk keputusan lebih termaklum.
10 halaman baharu kami akan membenarkan anda:
- Menerokai dinamik inflasi dengan Peta suhu inflasi sejagat.
- Dapatkan pemahaman mengenai pengangguran sejagat pada gambaran keseluruhan pekerjaan.
- Pantau dinamik gelagat pengguna untuk menjangkakan trend.
- Temui trend sejagat dalam pengeluaran dan perniagaan.
- Analisa hutang negara maju.
- Dapatkan gambaran kepada pertumbuhan KDNK dan pelbagai penunjuk kemelesetan ekonomi melalui Halaman pertumbuhan ekonomi.
- Pelajari kadar bank pusat, rizab emas dan metrik utama lain dalam gambaran sistem perbankan dan kewangan.
- Periksa carta untuk menganalisa keadaan pasaran perumahan dan hartanah di AS, termasuk kadar gadai janji, jualan rumah, harga dan banyak lagi.
- Perkayakan strategi anda dengan data imbangan dagangan, hutang dan pendapatan AS dalam Bahagian pergerakan dagangan dan modal.
Kami harap semua data dan carta ini akan membantu anda menjadikan analisis pasaran anda lebih terperinci dan tepat. Beritahu kami apa anda fikirkan – maklum balas anda adalah kuasa penggerak di belakang semua kemas kini kami.
Pasukan TradingView