Kami telah menambahkan satu jenis carta baharu untuk membantu anda memahami dengan lebih baik dinamik volum dagangan — Session volume profile.
Session volume profile (SVP) mengira data volum dalam satu sesi atau sub sesi tertentu, membenarkan pedagang menganalisa aktiviti volum intrahari untuk satu bahagian khusus dalam sesi.
Anda boleh memilih jenis carta baharu dari menu lungsur turun pada panel atas carta.
Carta ini menunjukkan histogram volum untuk sesi, sub sesi atau rangka masa tertentu yang ditetapkan dalam tetapan.
Anda boleh mengubah parameter dan jenis carta pada menu Tetapan Carta pada tab Simbol. Untuk memudahkan penggunaan, tetapan adalah ditunjukkan dalam kumpulan:
- Dalam bahagian Profil volum, anda boleh mengaktifkan paparan nilai pada lajur histogram, melaraskan lebar kawasan untuk lajur dan warna histogram.
- Dalam bahagian Garisan, anda boleh mengaktifkan garisan seperti POC, VAH, VAL, POC sedang berlangsung dan VA sedang berlangsung.
- Anda juga boleh menetapkan satu sesi dalam bahagian Input di mana volum, penempatan garisan dan saiz tingkatan akan dipaparkan.
Pelajari lebih banyak mengenai bagaimana carta berfungsi dan pengiraan dilakukan dalam artikel mengenai Session volume profile ini. Sila ambil maklum bahawa jenis carta Session volume profile adalah tersedia untuk semua pengguna langganan Essential atau lebih tinggi.
Kami harap jenis carta ini berguna untuk dagangan anda. Kekal menghantar kepada kami maklum balas dan cadangan anda; mereka adalah penting untuk kami menambah baik platform kami.
Pasukan TradingView