Downloading...

Jenis carta baharu — Volume footprint

May 14, 2024

Jenis carta baharu volume footprint kami adalah untuk pelan Premium dan lebih tinggi menunjukkan taburan volum merentasi beberapa tingkatan harga dalam setiap bar. Maklumat dari jenis carta ini membantu pedagang menganalisa keseimbangan belian/jualan sepanjang tingkatan dalam setiap bar dan mengenalpasti kawasan kecairan ketara.

Untuk melihat volume footprint pada carta anda, pilih “Volume footprint” dari menu lungsur turun jenis carta:

Carta akan memaparkan satu footprint untuk setiap bar dengan data volum intrabar yang tersedia:

Paparan lalai memvisualkan taburan volum jualan pada bahagian kiri setiap bar dan volum jualan pada bahagian kanan. Kecerunan warna menunjukkan keamatan relatif untuk setiap tingkatan volum jualan dan belian, dan garisan di sebelah taburan menunjukkan tingkatan ketidakseimbangan utama. Setiap bahagian footprint juga menyerlahkan Point of Control (POC), iaitu tingkatan dengan volum dagangan tertinggi. Sebagai tambahan, carta memaparkan maklumat delta volum dan jumlah volum di bawah setiap bar.

Membandingkan nilai-nilai volum dari kedua-dua bahagian footprint membenarkan anda menilai keseimbangan antara aktiviti jualan dan belian merentasi tingkatan dan mengukur bagaimana taburan aktiviti dagangan berkaitan dengan tindakan harga. Membongkar bar dengan cara ini boleh memberikan satu pandangan lebih terperinci tentang apa yang terjadi semasa pembentukan bar dan membantu anda menentukan kekuatan tekanan pembeli atau penjual dalam menyokong pergerakan harga.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai semua ciri-ciri dalam jenis carta baharu ini dan bagaimana menterjemahkannya, baca artikel Pusat Bantuan kami.

Kami harap anda akan mendapati ciri yang sangat dipinta ini berguna seperti yang kami fikirkan dan kekal menghantar kepada kami maklum balas dan cadangan anda supaya kami dapat menjadikan platform ini yang terbaik. Kami membina TradingView untuk anda dan kami sentiasa teruja untuk mendengar pandangan anda.

— Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami