Disebabkan permintaan yang banyak, kami telah mengeluarkan kumpulan baharu simbol CRYPTOCAP di platform! Semua indeks ditambahkan memberikan pengguna lebih banyak alatan untuk analisis lebih dalam untuk pasaran kripto. Mereka membenarkan penjejakan permodalan untuk sektir individu, mengenal pasti trend pasaran dari fasa awal dan melakukan keputusan pelaburan lebih termaklum berdasarkan kepada pandangan pasaran komprehensif.
Semua simbol ditambahkan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori:
Permodalan mata wang kripto dalam satu kategori tunggal:
- SOLANA.C – Permodalan 100 mata wang kripto teratas dalam kategori Ekosistem Solana
- POLKADOT.C – Permodalan 100 mata wang kripto teratas dalam kategori Ekosistem Polkadot
- BNBCHAIN.C – Permodalan 100 mata wang kripto teratas dalam kategori Ekosistem BNB Chain
- ETHEREUM.C – Permodalan 100 mata wang kripto teratas dalam kategori Ekosistem Ethereum
- STABLE.C – Permodalan untuk 100 stablecoin teratas (kategori stablecoin)
- FIATSTABLE.C – Permodalan untuk 100 stablecoin disokong fiat teratas (kategori stablecoin disokong fiat)
- LAYER1.C – Permodalan 100 mata wang kripto teratas dalam kategori Layer 1 Network
- DEPIN.C – Permodalan 100 mata wang kripto teratas dalam kategori DePIN (Decentralized Physical Infrastructure Networks)
- SMARTCONTRACTS.C – Permodalan 100 mata wang kripto teratas dalam kategori Platform Kontrak Pintar
- POW.C – Permodalan 100 mata wang kripto teratas menggunakan algoritma Proof-of-Work (PoW)
- POS.C – Permodalan 100 mata wang kripto teratas menggunakan algoritma Proof-of-Stake (PoS)
- MEME.C – Permodalan 100 mata wang kripto teratas dalam kategori Meme
- EXCHANGES.C – Permodalan 100 mata wang kripto teratas dalam kategori Token Bursa
- AI.C – Permodalan 100 mata wang kripto teratas dalam kategori Pengurusan Data dan AI
- RWA.C – Permodalan 100 mata wang kripto teratas dalam kategori Real-World Assets (RWA)
- REHYPOTHECATED.C – Permodalan 100 mata wang kripto teratas dalam kategori Rehypothecated Assets
- MADEINUSA.C – Permodalan 100 mata wang kripto teratas dalam kategori Made in USA
- WORLDLIBERTY.C – Permodalan 100 mata wang kripto teratas dalam kategori World Liberty Financial Portfolio
Anda boleh melihat 100 syiling teratas untuk setiap kategori, ekosistem dan algoritma dalam Penyaring Syiling Kripto menggunakan penapis Kategori, Ekosistem Blok Rantai dan Algoritma Konsensus. Indeks mungkin mempunyai kurang daripada 100 mata wang jika kategori mempunyai kurang daripada 100 syiling, tetapi had tertinggi adalah sentiasa 100.
Jumlah permodalan pasaran tidak termasuk token utama:
- TOTALES – Permodalan 125 mata wang kripto terbesar, tidak termasuk stablecoin
- TOTAL2ES – Permodalan 125 mata wang kripto terbesar, tidak termasuk Bitcoin (BTC) dan stablecoin
- TOTAL3ES – Permodalan 125 mata wang kripto terbesar, tidak termasuk Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH) dan stablecoin
- TOTALE50 – Permodalan mata wang kripto dari tingkatan 51 ke 125 — iaitu, jumlah permodalan (TOTAL) tidak termasuk 50 mata wang kripto teratas
- TOTALE100 – Permodalan mata wang kripto dari tingkatan 101 ke 125 — iaitu, jumlah permodalan tidak termasuk 100 mata wang kripto terbesar
Simbol penguasaan:
Simbol-simbol berikut menunjukkan nisbah peratusan permodalan kumpulan relatif kepada jumlah permodalan pasaran untuk 125 mata wang kripto terbesar:
- CRYPTOCAP:STABLE.C.D – Nisbah peratusan permodalan stablecoin (STABLE.C) kepada jumlah permodalan pasaran kripto (TOTAL)
- CRYPTOCAP:TOTALES.D – Nisbah peratusan jumlah permodalan tidak termasuk stablecoin (TOTALES) kepada permodalan pasaran untuk 125 mata wang kripto terbesar (TOTAL)
- CRYPTOCAP:TOTALE50.D – Nisbah peratusan permodalan mata wang kripto dari tingkatan 51 ke 125 (TOTALE50) kepada jumlah permodalan pasaran kripto (TOTAL)
- CRYPTOCAP:TOTALE100.D – Nisbah peratusan permodalan mata wang kripto dari tingkatan 101 ke 125 (TOTALE100) kepada jumlah permodalan pasaran kripto (TOTAL)
Permodalan kumpulan syiling vs. Bitcoin:
- CRYPTOCAP:TOTAL3ESBTC – Nisbah jumlah permodalan tidak termasuk stablecoin (TOTAL3ES) kepada Bitcoin
- CRYPTOCAP:OTHERSBTC – Nisbah jumlah permodalan semua mata wang kripto tidak termasuk 10 teratas mengikut permodalan (OTHERS) kepada permodalan pasaran Bitcoin (BTC)
Kami harap tambahan terkini ini akan membantu anda menerokai pasaran kripto dengan lebih efektif. Ingat, platform kami menyambungkan kepada ratusan suapan data, dengan akses terus kepada 2,019,615 instrumen dari seluruh dunia — bermakna akan ada sesuatu untuk diterokai. Semua ini menjadikan TradingView sebagai satu-satunya titik masukan yang anda perlukan untuk segalanya pada pasaran dunia, termasuk pasaran kripto.