Kami terus menambah baik platform kami dan hari ini, kami telah membawa kepada anda satu bursa tidak terpusat (DEX) baharu dan mempertingkatkan keupayaan carian. Mari kita lihat pembaharuan tersebut.
Rangkaian blok rantai baharu dan DEX telah ditambahkan untuk memberikan anda lebih banyak pilihan untuk analisis pasaran kripto anda. Mudah diakses seperti biasa, anda boleh menjumpai mereka semua dengan menaip awalan mereka dalam ruang Carian Simbol atau dengan hanya memilih dari senarai sumber:
- Ethereum
- PancakeSwap v3 (awalan TV “PANCAKESWAP3ETH:”)
- Solana
- Raydium (awalan TV “RAYDIUM:”)
- Orca (TV prefix “ORCA:”)
- BNB Chain
- PancakeSwap v3 (awalan TV “PANCAKESWAP3BSC:”)
- UniSwap v3 (awalan TV “UNISWAP3BSC:”)
- Arbitrum
- Camelot v2 (awalan TV “CAMELOT:”)
- Camelot v3 (awalan TV “CAMELOT3ARBITRUM:”)
- Base
- UniSwap v3 (awalan TV “UNISWAP3BASE:”)
- BaseSwap (awalan TV “BASESWAP:”)
- Polygon
- QuickSwap v3 (awalan TV “QUICKSWAP3POLYGON:”)
- Optimism
- Velodrome (awalan TV “VELODROME:”)
- Avalanche
- UniSwap v3 (awalan TV “UNISWAP3AVALANCHE:”)
- Blast
- Thruster v3 (awalan TV “THRUSTER3:”)
- Pulsechain
- Pulsex (awalan TV “PULSEX:”)
- Cronos
- VVS Finance (awalan TV “VVSFINANCE:”)
- MM Finance (awalan TV “MMFINANCE:”)
- Ronin
- Katana (awalan TV “KATANA:”)
- Polygon zkEVM
- QuickSwap v3 (awalan TV “QUICKSWAP3POLYGONZKEVM:”)
Kami juga telah memperkenalkan satu kaedah mencari pasangan dan token dengan menggunakan alamat kontrak pintar mereka, menjadikannya lebih mudah untuk mencari dan mencartakan mata wang kripto kegemaran anda. Hanya tampal pool atau alamat token ke dalam ruang carian:
Kami harap anda akan mendapati kemas kini in berguna. Dengan kemudahan lebih untuk mengakses rangkaian utama, bursa dan pool kegemaran akan memberikan kelebihan kepada pencartaan dan analisis anda, dalam pada masa yang sama memudahkan proses carian dan penyaringan akan memberikan lebih banyak pengalaman dagangan lebih efisyen.
Kekal menanti lebih banyak kemas kini dan jangan lupa untuk berkongsi maklum balas anda. Kami gemar mendengar bagaimana ciri-ciri baharu ini mempertingkatkan perjalanan dagangan anda. Jangan lupa bahawa platform kami secara berwibawa menyambungkan dengan ratusan suapan data, dengan akses terus kepada 1,357,880 instrumen dari seluruh dunia. Semua ini menjadikan TradingView sebagai satu-satunya sumber yang anda perlukan sebagai titik masukan untuk segalanya pasaran.