Downloading...

Kembangkan analisis anda dengan harga penyelesaian, pelarasan belakang, roll date dan open interest untuk niaga hadapan MYX

Sep 2, 2024

Pada hari ini, kami membawa beberapa penambah baikan kepada data hadapan yang berasal dari Bursa Malaysia, salah satu daripada bursa saham terbesar di ASEAN. Bursa Malaysia juga merupakan hab terkemuka dunia untuk dagangan niaga hadapan minyak sawit, dengan kontraknya diiktiraf dan dirujuk sebagai penanda aras harga sejagat untuk industri minyak sawit. Kini, niaga hadapan ini dan yang lain akan dipaparkan dengan ciri-ciri tambahan, menjadikan data lebih jelas dan tepat. Mari kita lihat pada kemas kini yang sekarang tersedia pada carta anda.

Harga akhir atau penyelesaian pada carta

Kemas kini ini membenarkan anda memilih antara harga penyelesaian atau akhir sebagai nilai penutup untuk kontrak yang ditunjukkan pada carta. Harga penyelesaian adalah ditetapkan oleh bursa pada penghujung hari dagangan, dikira dari purata permintaan dan penawaran. Pedagang selalu menggunakannya untuk mendapatkan gambaran lebih jelas untuk keuntungan dan kerugian yang dikaitkan dengan posisi mereka.

Untuk bertukar antara nilai-nilai ini, klik butang SET pada bahagian bawah carta atau pilih Gunakan penyelesaian sebagai penutup pada selang masa harian dalam tetapan carta.

Sila ambil maklum bahawa harga penyelesaian tidak dipaparkan semasa selang-selang intrahari. Untuk lebih maklumat mengenai harga penyelesaian dan akhir, sila rujuk artikel ini.

Pelarasan belakang untuk kontrak hadapan berterusan

Ciri lain kami juga senang digunakan. Kami telah menambahkan pilihan pelarasan belakang kontrak sebelumnya dalam paparan berterusan, memadamkan roll gap yang dicipta oleh perbezaan harga antara kontrak-kontrak berbeza.

Apabila paparan berterusan bertukar kepada kontrak baharu seterusnya, semua kontrak sebelumnya adalah dilaraskan berdasarkan kepada satu pekali. Pekali ini dikira sebagai perbezaan antaran harga penutup kontrak baharu dan lama untuk bar harian terdekat kepada titik penukaran dalam paparan berterusan. Biasanya, ia adaah bar-bar harian sebelum kontrak bertukar.

Secara lalai, pelarasan belakang adalah tidak diaktifkan. Untuk mengaktifkan ciri ini, hanya klik pada butang B-ADJ  pada bahagian bawah carta atau pilih pilihan Laraskan untuk perubahan kontrak dalam tetapan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pusat Bantuan kami.

Ciri pelarasan belakang datang dengan label memaparkan roll date dan membantu anda menavigasikan penukaran kontrak pada carta.

Open interest

Akhir sekali, kami telah melaksanakan paparan nilai open interest untuk niaga hadapan Bursa Malaysia.

Open Interest mewakili jumlah bilangan kontrak derivatif tertunggak yang masih belum diselesaikan. Adalah penting untuk difahami bahawa bilangan open position boleh turun naik sepanjang hari. Untuk melihat ini, pergi ke menu Penunjuk, Metrik & Strategi dan cari penunjuk Open Interest.

Kami harap kemas kini kepada niaga hadapan Bursa Malaysia ini akan membantu anda memahami dengan lebih baik pasaran hadapan dan mencipta strategi yang lebih termaklum. Jangan lupa bahawa platform kami secara berwibawa menyambungkan dengan ratusan suapan data, dengan akses terus kepada 2,019,615 instrumen dari seluruh dunia. Semua ini menjadikan TradingView sebagai satu-satunya sumber yang anda perlukan sebagai titik masukan untuk segalanya pasaran.

Terokai semua pasaran

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami