Downloading...

Mengoptimumkan analisis dengan penunjuk baharu dalam Penyaring Saham

Jun 26, 2024

Penyaring Saham sekarang mempunyai penunjuk dipertingkatkan untuk analisis lebih mendalam dan pilihan saham. Tambahan ini mengandungi pelbagai nisbah prestasi, modal dan metrik pengurusan hutang, satu penunjuk pertumbuhan baharu dan satu pengecam sekuriti baharu. Mari kita lihat penunjuk-penunjuk dalam setiap kumpulan dan bagaimana mereka dapat membantu dalam analisis anda:

Margin dan nisbah

Antara tambahan terkini kami, ada penunjuk-penunjuk yang menilai kecekapan penggunaan sumber (aset, modal ekuiti) dalam penghasilan keuntungan:

  • Return on tangible equity (ROTE) %: Menilai kecekapan sesebuah syarikat dalam penggunaan modal ekuitinya untuk menjana keuntungan.
  • Return on tangible assets %: Mengukur kecekapan sesebuah syarikat dalam menjana keuntungan dari aset-aset ketara (tangible assets).
  • Return on total capital %: Mengira keuntungan yang dijana oleh sesebuah syarikat menerusi struktur modalnya.

Penunjuk-penunjuk seterusnya menilai kecekapan penggunaan/perolehan aset dan inventori:

  • Assets turnover: Nisbah ini mengukur jualan syarikat atau pendapatan relatif kepada nilai asetnya, menunjukkan kecekapan syarikat menggunakan asetnya untuk menjana pendapatan. Nisbah pusing ganti (turnover ratio) aset menunjukkan kecekapan lebih baik.
  • Inventory turnover: Nisbah kewangan ini menunjukkan sebanyak mana syarikat telah memusing ganti inventorinya relatif kepada cost of goods sold (COGS) nya dalam satu tempoh masa diberikan, menunjukkan kecekapan syarikat menggunakan inventori mereka.

Di bawah adalah penunjuk-penunjuk yang menilai liputan kewajipan pembayaran hutang dan faedah:

  • Debt to assets ratio: Mengukur bahagian hutang yang dibawa oleh sesebuah syarikat berbanding asetnya. Satu nisbah yang tinggi menunjukkan risiko ketakmampuan bayar lebih tinggi.
  • Total debt to capital: Menunjukkan leveraj kewangan syarikat dengan membahagikan liabiliti jangka pendek dan jangka panjang dengan jumlah modal.
  • Net debt to EBITDA: Menunjukkan jumlah tahun yang diperlukan untuk membayar semua hutang jika hutang bersih dan EBITDA kekal malar. Satu nisbah negatif menunjukkan syarikat mempunyai lebih banyak tunai daripada hutang.
  • Interest coverage: Menilai sama ada sesebuah syarikat mampu mengekalkan pembayaran faedah dengan pendapatannya. Satu nisbah lebih tinggi menunjukkan keupayaan lebih baik untuk membayar semula liabiliti berkaitan faedah, manakala nisbah lebih rendah mencadangkan ketidakstabilan kewangan.
  • EBITDA interest coverage: Menilai keupayaan syarikat membayar faedah kepada hutangnya dengan membahagikan EBITDA dengan perbelanjaan faedahnya.
  • EBITDA less capex interest coverage: Mengukur keupayaan syarikat untuk membayar perbelanjaan faedaah berdasarkan kepada EBITDA tolak perbelanjaan modal.

Terdapat juga penunjuk-penunjuk yang menilai pengurusan ekuiti dan pulangan pemegang saham (shareholder equity and returns):

  • Assets to equity ratio:  Memaparkan nisbah jumlah aset syarikat kepada bahagian yang dipegang oleh pemegang saham (equity capital).
  • Buyback yield %: Mewakili jumlah tunai yang digunakan syarikat untuk membeli semula saham biasa (common stock) nya sepanjang satu tempoh tertentu, selalunya tahun sebelumnya, dibahagikan dengan permodalan pasarannya pada permulaan tempoh pembelian semula. Nisbah ini membenarkan penganalisis membandingkan impak pembelian semula saham merentasi beberapa syarikat.
  • Cash dividend coverage ratio: Mengira bilangan kuantiti pembayaran dividen yang boleh diberikan oleh syarikat kepada pemegang sahamnya menggunakan pendapatan bersih.

Maklumat sekuriti

  • Target price: Mewakili harga ramalan oleh dipercayai oleh penganalisis akan dicapai oleh saham pada masa hadapan.
  • Target price performance %: Menunjukkan perbezaan peratusan antara harga ramalan dan harga semasa.
  • ISIN (International Securities Identification Number): Satu kod dua belas digit unik yang diberikan oleh setiap sekuriti yang dikeluarkan seluruh dunia. Sila ambil maklum, penunjuk ini hanya tersedia sebagai satu lajur.

Pertumbuhan

  • Capital expenditures growth % (Capex growth): Penunjuk ini menunjukkan perbezaan dalam perbelanjaan syarikat pada aset jangka panjang. Ia adalah penting untuk memahami sebanyak mana syarikat melabur dalam pembangunan masa hadapan untuk menyokong pertumbuhan perniagaan dan keuntungan.

Bagaimana menggunakan penunjuk baharu dalam penyaring?

Anda boleh menambahkan metrik baharu kepada penyaring sama ada sebagai penapis atau lajur.

  • Bekerja dengan penapis: Untuk menambahkan penapis, klik butang + pada panel atas dan pilih penunjuk yang anda sukai. Sebaik sahaja ditambahkan, anda boleh mengakses set penapis popular dengan mengklik pada mereka, yang secara automatik akan menggunakan penapis kepada jadual. Untuk persediaan tersuai, pilih “Persediaan manual” dari senarai lungsur turun penapis dan masukkan keadaan penapisan khusus anda.
  • Bekerja dengan lajur: Tambah lajur dengan penunjuk yang disukai dan susun senarai mengikut keperluan anda.

Kami harap penunjuk-penunjuk baharu ini adalah berguna untuk anda, menambahkan ketepatan dan kecekapan strategi anda. Kekalkan menghantar maklum balas dan cadangan anda, mereka membantu kami menjadikan platform lebih baik.

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami