Tahun lepas, selepas banyak permintaan daripada komuniti kami, kami telah memperkenalkan jenis carta Time Price Opportunity. Semenjak itu, kami telah bekerja untuk mempertingkatkannya dan hari ini kami mempersembahkan kepada anda ciri baharunya yang direka untuk menjadikan analisis TPO anda lebih berkuasa: Maklumat ringkasan.
Maklumat ringkasan adalah satu jadual yang dipaparkan dalam satu panel berasingan di bawah carta TPO. Ia memberikan maklumat tambahan untuk setiap profil, membantu anda menterjemahkan dengan pantas maklumat-maklumat data penting. Anda boleh mensesuaikannya untuk memaparkan sehingga 13 nilai berbeza, membenarkan anda menukar paparan kepada kehendak khusus anda dan gaya dagangan.
Untuk mengaktifkan ciri ini, pergi ke tetapan carta dan pilih kotak semak Maklumat ringkasan dalam bahagian Time Price Opportunity. Menu lungsur turun ke kanannya membenarkan anda menentukan data mana yang anda mahu masukkan ke dalam ringkasan anda.
Ciri ini sangat berguna kepada pedagang yang mahukan syot kilat lebih jelas dan tersusun untuk aktiviti pasaran tanpa perlu mengimbas setiap profil secara manual. Sama ada anda sedang menjejak volum, metrik kawasan nilai atau statistik utama lain, Maklumat ringkasan menjadikannya lebih pantas dan mudah untuk mendapatkan cerapan bermakna dari carta anda.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ciri-ciri tersedia, periksa artikel kami pada jenis carta Time Price Opportunity.
Kami harap kemas kini ini menambahbaik pengalaman TPO anda dan membantu dengan analisis anda. Maklum balas dan cadangan anda adalah sangat penting untuk membantu kami mempertingkatkan platform, jadi teruskan menghantar.
Pasukan TradingView