Dalam dagangan, setiap saat berharga. Semua pedagang tahu kepentingan meletakkan pesanan pada bursa dengan cepat dan efisyen. Untuk membantu proses ini, kami memperkenalkan ciri baharu yang telah tersedia pada platform TradingView: Pratetapan pesanan. Ciri ini membenarkan pengguna mencipta dan menyimpan konfigurasi pesanan, yang memudahkan dan mempercepatkan proses dagangan dengan pantas.
Mengapa Pratetapan pesanan
Pratetapan pesanan adalah alatan berkuasa yang membenarkan pedagang untuk:
- Mempercepatkan penempatan pesanan: Tiada lagi mengisikan semua parameter secara manual dalam tiket Pesanan. Hanya pilih pratetapan yang sudah disimpan sebelum ini dan semua data diperlukan akan diisikan secara automatik.
- Bertukar secara pantas antara strategi: Anda boleh menukar strategi dagangan anda dengan hanya satu klik, yang berguna dalam pasaran yang berubah dengan pantas.
- Letakkan pesanan yang masih belum dilaksanakan dalam mod dagangan tanpa pengesahan: Sekarang anda boleh menggunakan butang kekunci panas (Shift+B/S) atau butang Beli/Jual pada carta untuk meletakkan pesanan yang masih belum dilaksanakan pada carta dengan parameter yang telah disimpan sebelum ini, termasuk pendakap (bracket).
Bagaimana mencipta satu pratetapan
Mencipta satu pratetapan adalah mudah dan intuitif. Ikuti langkah-langkah ini:
- Isikan tiket Pesanan dengan parameter yang diingini: jenis pesanan, harga (untuk pesanan yang masih belum dilaksanakan, tentukan harga relatif, cth. bilangan tick dari bida/pinta), pendakap (pilih satu atau kedua-dua pendakap dan tetapkan harga atau peratusan relatif), masa untuk dilaksanakan (tetapkan masa sah pesanan).
- Klik butang Pratetapan pesanan dalam tajuk tiket Pesanan dan pilih Simpan pratetapan pesanan….
- Namakan pratetapan dan periksa parameter yang dipilih.
- Klik butang Simpan.
Menggunakan pratetapan
Sebaik sahaja disimpan, pratetapan anda akan muncul pada menu pratetapn dalam tiket Pesanan. Anda boleh melakukannya dengan mudah dengan hanya memilih pratetapan yang diingini dari senarai. Jika mana-mana parameter tidak sesuai untuk simbol semasa, anda akan melihat satu kotak dialog dengan maklumat mengenai apa yang perlu diperbetulkan.
Jika anda mempunyai pratetapan yang sudah disimpan, satu butang menu pratetapan akan muncul di sebelah butang Beli/Jual pada carta anda. Selepas memilih, butang akan memaparkan nama pratetapan, dengan bucu alat menunjukkan parameternya.
Ingat: buat masa sekarang ada had 10 pratetapan untuk setiap pengguna, tetapi pratetapan adalah unik untuk setiap integrasi broker, bermaksud anda boleh mencipta 10 pratetapan untuk setiap akaun brokeraj yang anda ada.
Kami yakin ciri Pratetapan Pesanan akan memudahkan dan mempercepatkan proses dagangan anda dengan lebih baik dan pada masa yang sama membenarkan anda memfokuskan kepada strategi dan membuat keputusan. Sila kongsi maklum balas dan cadangan anda; mereka membantu kami menambah baik platform.
Pasukan TradingView