Sekarang masanya sekali lagi untuk mengumumkan anggota baharu untuk Dewan Kemasyuran Pine Script️® kami. Penulis-penulis hebat ini adalah pengekod yang mahir dan individu yang baik hati yang mana sumbangan mereka telah memberikan impak kepada komuniti kami yang sentiasa berkembang.
Seperti Pakar tahun sebelumnya, penulis-penulis ini telah berkongsi pelbagai koleksi skrip unik dan sumber terbuka, semuanya untuk manfaat pengguna TradingView. Kerja mereka menunjukkan tingkatan tinggi dalam kreativiti dan inovasi, yang memberikan inspirasi kepada rakan-rakan pengaturcara dan membantu mempertingkatkan pengalaman Pine untuk semua.
Dan sekarang masa yang anda nantikan. Mari temui calon Pakar 2025 kami. Dalam nama semua pengguna TradingView, terima kasih!
LucF
LucF adalah mentor yang komuniti Pine Script® tidak tahu mereka memerlukannya. Seorang yang pendiam tetapi dengan pengaruh berkuasa, visi beliau membantu membentuk bahasa dan komuniti kami kepada apa yang ada sekarang. Skrip diterbitkan beliau menggabungkan kod berkualiti dengan mahir bersama-sama visual menakjubkan dan penjelasan berinformasi, menetapkan standard yang selalunya digunakan oleh ramai pengekod Pine. Selain daripada itu, kerja LucF melangkaui lebih daripada hasil karya diterbitkannya. Sumbangan beliau yang tidak terkira, di depan dan di belakang tabir, telah meninggalkan kesan ketara dalam keseluruhan pengalaman Pine yang akan terus membentuknya untuk tahun-tahun mendatang.
jdehorty
jdehorty dengan pantas membina reputasi kukuh dalam komuniti TradingView menerusi kepakaran beliau dalam pembelajaran mesin. Beliau mengimbangkan kod berkuasa dan konsep kompleks dengan penjelasan yang jelas dan mudah diakses, memperoleh pengiktirafan untuk kedua-dua kemahiran teknikal dan komunikasi efektifnya. Penerbitan beliau memberikan insipirasi kepada ramai penulis skrip untuk menerokai teknik inovatif dan mengembangkan sempadan kepada apa yang boleh dilakukan dalam Pine.
kaigouthro
kaigouthro adalah seorang penulis inventif yang mana kerja beliau membentuk semula estetika dan kreativiti. Ciptaan beliau adalah melepasi kepraktisan — mereka adalah menakjubkan dari segi visual, dengan kepakaran menggabungkan kefungsian dengan reka bentuk unik. Menerusi perpustakaan diterbitkan, beliau memberikan sumber sumber terbuka yang pelbagai untuk rakan pengekod lain dalam komuniti Pine. Sumbangan penulis yang besar mencerminkan komitmen mendalam untuk membawa kuasa Pine ke tingkatan lebih tinggi.