Downloading...

Pulihkan semuanya dengan kemas kini baru Atas Meja TradingView

Aug 2, 2022

Hai semua. Pasukan kami baru sahaja melancarkan satu versi Atas Meja TradingView secara langsung dengan beberapa ciri-ciri yang ditunggu-tunggu. Ia dinomborkan sebagai 1.0.13 tetapi jangan bimbang, ia bukannya bernasib malang. Jom lihat apa yang baharu.

Salah satu daripada perkara yang paling dipinta untuk dipaparkan di dalam aplikasi adalah pilihan untuk mengembalikan semula ticker dan selang waktu pada tab selepas memulakannya semula. Ianya telah ada sebelum ini semenjak aplikasi bermula untuk mengembalikan semula ticker untuk susun atur carta tunggal sahaja tetapi anda sekarang boleh memuktamatkan ciri ini dengan penggunaan sepenuhnya untuk semua jenis susun atur carta. Beritahu kami bagaimana ianya berfungsi untuk anda.

Kemas kini akan datang adalah tab Mengenai di Tetapan yang memeriksa kemas kini yang ada untuk aplikasi dan memberikan anda pilihan untuk mengemas kini secara manual aplikasi sekiranya ada. Ini hanya pelengkap kepada ciri kemas kini automatik sedia ada jadi anda tidak perlu sentiasa memeriksa kemas kini untuk memastikan anda sentiasa terkini.

Akan tetapi tidak semua akan mempunyai ciri ini pada keluaran ini — baca senarai penuh penambahbaikan dan pembetulan pepijat di Pusat Bantuan.

Kami harap anda menyukai kemas kini baru ini tetapi jangan teragak-agak untuk memberitahu kami apa yang anda fikir mengenai kemas kini ini dan aplikasi itu sendiri — Twitter dan subreddit kami adalah tempat terbaik untuk maklum balas.

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami