Kemampuan untuk mengambil peluang tepat pada masanya bila diperlukan adalah kritikal dalam dunia dagangan berkelajuan tinggi. Disebabkan itu kami sentiasa menambah baik kefungsian dagangan pada platform kami supaya anda tidak akan terlepas walau satu pun peluang. Sekarang, kami sedang melakukan penambah baikan kepada rekaan pesanan sebelum ia dihantar kepada broker — semuanya untuk menjadikan proses ini lebih lancar untuk anda. Anda sekarang boleh mereka pesanan secara terus dari carta tanpa perlu menukar kepada tiket pesanan. Berikut adalah apa yang anda boleh lakukan dengan kemas kini terkini.
- Pilih harga pesanan masa akan datang dengan menariknya pada carta
- Tetapkan kuantiti pesanan akan datang
- Tukar jenis pesanan. Sebagai contoh, tukar pesanan henti kepada pesanan had
- Cipta pesanan henti rugi dan ambik untung.
Fungsi terkini sekarang tersedia pada platform. Anda boleh mula meletakkan pesanan menerusi tiket pesanan atau menu konteks carta dan pesanan baharu akan muncul terus pada carta. Jangan lupa untuk menyahaktifkan mod Letak pesanan tanpa pengesahan dalam tetapan carta.
Sebaik sahaja anda selesai menetapkan parameter pesanan, anda boleh mengesahkan penempatan pesanan menggunakan butang Beli/Jual atau menekan kekunci Enter — tanpa perlu menukar apa-apa.
Jika anda tidak boleh menukar beberapa parameter pesanan anda pada carta, seperti masa sah, anda masih boleh melakukannya melalui tiket pesanan. Apabila meletakkan pesanan akan datang, carta dan data tiket pesanan akan disegerakkan. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai ciri baharu ini di Pusat Bantuan kami.
Kami harap penambah baikan ini akan membantu anda membuat pesanan dengan lebih efisyen dan melaksanakan strategi dagangan anda. Kekal menghantar maklum balas dan cadangan anda kepada kami. Ia membantu kami menambah baik platform.
Pasukan TradingView