Downloading...

Terokai pasangan StonFi dan Dedust dengan kefungsian termaju Penyaring Pasangan DEX

May 1

Di TradingView, kami komited untuk memperkasakan anda dengan alatan dan data untuk menavigasikan dunia kewangan tidak terpusat yang pantas. Disebabkan itu kami memperluaskan liputan Penyaring Pasangan DEX kami, lengkap dengan data dari dua bursa tidak terpusat (decentralized exchange) aktif pada blok rantai TON — StonFi dan Dedust. Sekarang anda boleh menganalisa pasangan bursa dalam persekitaran yang dipenuhi ciri-ciri.

Kemas kini ini memberikan akses lebih daripada hanya sejarah harga dan sebut harga masa nyata. Terokai pelbagai metrik dagangan untuk pasangan TON DEX — termasuk kecairan, volum transaksi, bilangan pedagang dan banyak lagi penunjuk lain yang memberikan gambaran lebih luas untuk aktiviti pasaran. Sama ada anda seorang pedagang, penganalisa atau hanya menerokai ekosistem TON, cerapan ini akan membantu anda membuat lebih banyak keputusan dagangan termaklum.

Untuk memulakan perjalanan analitik anda, buka Penyaring Pasangan DEX, cari penapis Bursa dan pilih StonFi dan/atau Dedust.

Untuk anda yang mahu menambahkan lebih banyak alatan teknikal untuk analisis termasuk penunjuk, garisan trend dan banyak lagi, pasangan StonFi dan Dedust boleh diakses dari Carta Super kami. Buka Carian Simbol, taip awalan STONFi: atau DEDUST:, dan buka pasangan yang anda mahukan pada carta.

Kami harap tambahan terkini kepada Penyaring Pasangan DEX kami ini akan membantu anda menerokai pasaran kripto dengan lebih efektif. Ingat, platform kami dengan berwibawa menyambungkan kepada ratusan suapan data, dengan akses terus kepada 2,019,615 instrumen dari seluruh dunia — bermakna akan ada sesuatu untuk diterokai. Semua ini menjadikan TradingView sebagai satu-satunya titik masukan yang anda perlukan untuk segalanya pada pasaran dunia, termasuk pasaran kripto.

Terokai semua pasaran

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami