Downloading...

Atas Meja TradingView 2.0 telah tiba!

Dec 27, 2022

Hai anda semua! Kami mendengar dengan teliti semua maklum balas anda — ia merupakan kuasa pendorong di belakang pembangunan produk kami. Sila sentiasa kongsikan idea anda dengan kami dan kami akan terus membina ciri-ciri baru. Dengan itu, mari kita kembali ke musim cuti dengan pelancaran Atas Meja TradingView 2.0. 

Dalam versi atas meja terbaru kami, pasukan kami memfokuskan kepada melakukan penambahbaikan kecil yang penting dan membaiki beberapa isu-isu yang akan menjadikan pengalaman menggunakannya menjadi lebih lancar, pantas dan cekap. 

Pasukan kami telah mengeluarkan beberapa ciri penting yang kami tahu anda akan sukakannya. Sebagai contoh, kami memperkenalkan kawalan volum dalam aplikasi untuk keadaan di mana anda mahu mendengar musik dan tidak mahu bunyi pemberitahuan mengganggu telinga anda. Sekarang anda boleh mendengar musik sekuat yang anda mahukan dan masih mendapat pemberitahuan mengikut had volum pilihan anda. Pergi ke Tetapan aplikasi dan tetapkan volum untuk pemberitahuan mengikut had bunyi yang anda selesa — bunyi akan dimainkan pada setiap pergerakan lungsur. Nikmatinya!

Kami juga telah menambahkan logo TradingView pada tab Baru dan satu ciri istimewa yang berkait dengannya. Kami tahu kita semua menghabiskan banyak masa di pasaran dan perkara-perkara kecil seperti ini dapat membawa lebih keseronokan ke dalam kehidupan. Jadi, lain kali bila anda bosan dan mahu melihat paparan baru untuk carta anda, teruskan dan klik butang.

Kami harap anda menyukai pelancaran TradingView 2.0. Sila hantarkan kepada kami soalan & komen anda — Twitter dan subreddit adalah tempat terbaik untuk memberikan maklum balas.

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami