Downloading...

Carta bermusim TradingView sudah tiba

Jan 8

Selepas beberapa permintaan, kami telah menambahkan lebih banyak maklumat mengenai instrumen untuk membantu menjadikan analisis anda lebih komprehensif. Sekarang, anda boleh menerokai carta bermusim untuk memvisualkan perubahan bermusim dalam satu harga aset dan menggabungkan lengkung yang mewakili tahun berbeza dalam satu tempat. Ini akan membenarkan anda menilai dinamik harga dan mengenal pasti trend yang berulang.

Anda boleh melihat carta pada tab “Bermusim” pada halaman simbol. Terdapat juga widget istimewa dalam bahagian maklumat simbol senarai amatan yang anda boleh temui pada panel sebelah kanan.

Untuk melihat keseluruhan carta bermusim, klik pada butang “Lebih bermusim” di bawah widget. Sekarang, anda boleh menerokai keseluruhan sejarah data untuk simbol, dari mana anda boleh memilih tempoh masa yang disukai untuk analisis anda.

Gunakan peluncur di atas carta bermusim untuk menetapkan awalan dan akhiran tahun untuk tempoh masa diingini. Menarik peluncur ke paling hujung akan membantu anda melaraskan julat masa dan anda juga boleh menggerakkan peluncur sehingga hujung ke depan atau ke belakang sepanjang paksi masa tanpa perlu menukar bilangan set tahun.

Di atas carta, anda boleh menjumpai butang Peratus, ia mengubah mod paksi harga. Apabila butang diaktifkan, anda boleh melihat harga berubah dalam peratusan dari permulaan tahun. Selalunya harga akan ditunjukkan dalam nilai mutlak.

Anda boleh menyimpan imej carta yang terhasil atau berkongsi syot kilatnya. Untuk melakukan ini, klik pada ikon kamera dan pilih pilihan yang sesuai.

Kami harap carta baharu ini akan membantu anda dalam menganalisa trend harga. Sentiasa hantarkan kami maklum balas anda, ia membantu kami menambah baik platform.

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami