Downloading...

Jejaki sentimen pengguna dalam Penyaring Syiling Kripto

Dec 4, 2024

Kemas kini berguna sudah tiba dalam Penyaring Syiling Kripto. Sekarang anda boleh menganalisa sentimen pengguna untuk syiling kripto untuk mendapatkan ketepatan analitikal lebih baik — lihat bagaimana pasaran berfikir dan bergerak.

Bagaimana untuk menggunakan data baharu

Nilai metrik sosial tinggi boleh menunjukkan kenaikan minat pengguna, membantu anda mencari projek yang berpotensi tinggi dan menilai kestabilan dan prestasi mereka.

Sebagai contoh, nilai sentimen boleh membantu anda mengukur sikap pengguna kepada token tertentu. Skor yang dekat dengan nilai 100 mencerminkan sentimen positif, nilai berdekatan 50 mencerminkan sifat neutral dan nilai yang menghampiri 0 menunjukkan sentimen negatif. Ada nilai berguna lain: penguasaan sosial menunjukkan sebanyak mana minat pengguna dalam syiling tertentu dibandingkan dengan yang lain.

Mari kira lihat pada metrik baharu yang anda boleh gunakan dalam analisis anda.

Penyumbang aktif Bilangan pengguna unik yang terbabit dengan catatan media sosial sepanjang satu tempoh masa tertentu.
Catatan aktif Bilangan catatan media sosial mengenai mata wang kripto yang pengguna berinteraksi sepanjang satu tempoh masa tertentu.
AltRank Kedudukan oleh LunarCrush berdasarkan kepada volum dagangan, sentimen sosial, perubahan harga relatif kepada Bitcoin dan aktiviti sosial.
Penyumbang dicipta Bilangan pengguna unik yang mencipta kandungan dalam media sosial mengenai mata wang kripto sepanjang satu tempoh masa tertentu.
Catatan dicipta Bilangan catatan media sosial baharu mengenai satu mata wang kripto sepanjang satu tempoh masa tertentu.
Penglibatan Jumlah interaksi pengguna (suka, kongsi, komen, reaksi) dengan catatan media sosial mengenai sebuah syiling.
Galaxy Score Satu penunjuk oleh LunarCrush berdasarkan kepada harga, sentimen pengguna dan penglibatan media sosial, dengan mengambil kira korelasi dengan volum dagangan dan harga.
Sentimen % Perkadaran sebutan positif berdasarkan kepada metrik penglibatan.
Penguasaan sosial % Perkongsian sebutan untuk satu mata wang kripto tertentu relatif kepada yang lain pada media sosial.
Volum sosial Jumlah sebutan satu mata wang kripto pada media sosial sepanjang 24 jam lepas.
Ciapan Jumlah bilangan catatan mengenai satu mata wang kripto di X (Twitter) sepanjang 24 jam lepas.

Bagaimana bekerja dengan metrik baharu

Melaksanakan data baharu dalam analisis pasaran kripto anda adalah sangat ringkas.

  1. Buka Penyaring Syiling Kripto.
  2. Gunakan carian penapis untuk memasukkan nama metrik atau hanya pilih metrik yang dikehendaki dari senarai.
  3. Tetapkan nilai untuk sejajar dengan strategi anda. Di sini anda boleh menggunakan pratetapan kami (tingkatan metrik di analisa dahulu) atau menyesuaikan nilai penapis secara manual untuk memadankan dengan pendekatan anda.
  4. Tambah lajur dengan metrik dipilih dan susun senarai untuk menyesuaikan dengan keperluan anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai setiap parameter, periksa Pusat Bantuan kami.

Kami harap metrik baharu ini akan menambah baik strategi anda, menjadikannya lebih tepat dan boleh dipercayai. Teruskan berkongsi maklum balas dan cadangan anda — ia membantu kami menambah baik platform.

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami