Downloading...

Penambahbaikan VWAP yang menyeluruh

Jan 18, 2022

Kami telah mengharungi semua permintaan anda dan sekarang membuat beberapa penambahbaikan kepada fungsi VWAP terbina-dalam kami.

Penunjuk baru: VWAP Tersauh Automatik

Berita baik kepada sesiapa yang suka berada di masa sekarang: kami memperkenalkan penunjuk VWAP Tersauh Automatik. Perubahan utama di antara VWAP Tersauh Automatik dengan yang terdahulu (yang dipanggil Volume Weighted Average Price) adalah — tidak seperti yang sebelum ini, yang melukis VWAP dan jalur-jalurnya pada semua data sejarah yang ia boleh dapatkan — penunjuk terbaru hanya memaparkan dari Tempoh Sauh yang dijumpai. Ini membenarkan anda menyiasat keadaan terkini simbol anda dengan kurang kekusutan.

Tambahan lagialat ini mempunyai tiga pilihan Tempoh Sauh baru: Tinggi Tertinggi (Highest High), Rendah Terendah (Lowest Low) dan Volum Tertinggi (Highest Volume). Sebaik sahaja mana-mana di antara ini dipilih, VWAP Tersauh Automatik akan mencari bar HH/LL/HV terakhir di antara tempoh terakhir yang dipratentukan (nombor tepat boleh ditetapkan dengan input Panjang pada tetapan) dan mulakan pengiraan sebaik sahaja satu sauh yang sesuai dijumpai. Jika satu sauh baru muncul pada masa kemudian, penunjuk akan dilukiskan dengan sewajarnya.

Pada tangkap layar ini, anda dapat melihat penunjuk VWAP AA di dalam mod Volum Tertinggi. Ia mengimbas 200 bar terakhir dan menjumpai tempoh volum tertinggi pada bar untuk Julai 30, 2021, yang ia kemudiannya gunakan sebagai sauh untuk pengiraan VWAP.

Di sini kami harap anda akan mendapati kemas kini VWAP adalah berguna. Seperti biasa, kami membina semua ini untuk anda, jadi jangan risau untuk datang kepada kami dengan fikiran, soalan dan cadangan tentang bagaimana kami boleh menjadikan platform ini lebih baik.

Lukisan VWAP tersauh sekarang mempunyai jalur-jalur sisihan piawai

Berdasarkan beberapa permintaan, kami telah menambahkan jalur-jalur sisihan piawai kepada lukisan VWAP Tersauh. Sisihan piawai menunjukkan sedekat mana satu nilai (dalam kes ini, VWAP bar terkini) kepada nilai min nya (jumlah semua nilai VWAP sehingga kepada waktu ini dibahagikan dengan nombor mereka).

Di dalam tetapan lukisan, anda boleh mengubah Pengganda Bar untuk menunjukkan nombor di mana jalur-jalur adalah digandakan, atau menyahaktifkan mereka dengan tidak memilih input Kira Jalur Sisihan Piawai.

Kami harap anda mendapati ciri-ciri baru ini berguna. Kami seronok mendapat maklum balas dari anda jadi pastikan ianya selalu datang. Terima kasih kerana memilih TradingView!

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami