Penat mencipta pemberitahuan satu demi satu? Dengan pemberitahuan senarai amatan, anda sekarang boleh mencipta pemberitahuan berdasarkan pelbagai simbol dalam senarai amatan anda dengan hanya satu klik, menjadikannya lebih mudah untuk menjejak keadaan pasaran tertentu merentasi ratusan simbol yang anda paling minati. Tetapkan sehingga 2 pemberitahuan aktif senarai amatan dengan langganan Premium kami atau lebih dengan pelan untuk profesional kami: sehingga 10 pemberitahuan dengan pelan Expert dan sehingga 15 — dengan pelan Ultimate. Semuanya untuk memantau keadaan tersuai untuk pelbagai simbol dalam senarai amatan anda dengan mudah. Sebaik sahaja satu keadaan dipenuhi, anda akan menerima notifikasi.
Kami juga menjejak perubahan dalam senarai amatan anda. Jika anda menambahkan satu simbol selepas mencipta pemberitahuan, pemberitahuan senarai amatan anda akan tercetus untuk simbol itu juga. Sebaliknya, jika anda membuang satu simbol dari senarai amatan, pemberitahuan tidak akan dilaksanakan lagi padanya. Ini memastikan pemberitahuan anda sentiasa mencerminkan set simbol paling terkini dalam senarai amatan anda.
Baca lebih lanjut mengenai ciri dalam asas Pengetahuan kami.
Kami harap anda akan mendapati ciri baharu ini berguna. Kami sentiasa menunggukan maklum balas dan cadangan anda, kerana mereka membantu kami membina platform yang lebih baik untuk anda, jadi teruskan menghantar mereka.
Tunggu lebih banyak penambah baikan dari kami,
Pasukan TradingView