Downloading...

Selamat datang Penyaring DEX, alat analisa kripto baharu anda

Dec 18, 2024

Hari ini, kami mempersembahkan tambahan terkini kepada suit produk aset kripto kami — Penyaring DEX. Alat baharu ini melengkapkan Penyaring Syiling Kripto kami, membenarkan anda menganalisa bukan sahaja mata wang kripto individu tetapi juga pasangan dagangan pada bursa tidak terpusat (decentralized exchange).

Anda boleh menemukan semua penyaring kami, termasuk yang terkini, dalam bahagian Penyaring di menu utama di bawah tajuk Produk.

Mari kita lihat kefungsian utama Penyaring DEX dan bagaimana ia boleh memperbaiki analisis kripto anda.

Saringan praterbina untuk memudahkan saringan

Kami telah mencipta templat sedia digunakan untuk membantu anda memantau pelbagai kumpulan pasangan kripto, seperti kumpulan paling cair, pasangan paling didagangkan di Ethereum dan kumpulan paling aktif.

Anda boleh menemui templat tersebut dalam menu utama penyaring: klik Penyaring DEX, pilih skrin Buka dan tatal pada skrin Popular.

Selain daripada itu, anda boleh mencipta templat tersuai yang khas untuk strategi anda dengan mengklik Cipta skrin baharu pada menu yang sama.

Akses pantas kepada penapis

Penapis untuk mana-mana templat anda gunakan boleh dilihat di atas jadual:

Di sini, anda boleh melihat penapis yang telah dilaksanakan, termasuk cadangan penapis.

Jika anda tidak dapat melihat penapis yang anda perlukan pada panel, anda boleh mencari dan menambahkannya melalui menu carian dengan mengklik pada butang +:

Bagaimana pula dengan data? Di sini kami mengumpulkan beberapa bahagian paling penting yang boleh membantu analisis anda.

  • Kecairan. Jumlah nilai aset dalam USD yang dikunci dalam kumpulan bursa tidak terpusat. Kecairan tinggi memastikan dagangan lancar dengan kegelinciran harga minimum, memperbaiki kestabilan, keadaan dagangan dan kepercayaan pengguna.
  • FDV (Fully diluted valuation). Ia menganggarkan jumlah permodalan pasaran untuk satu mata wang kripto, dengan mengambil kira token yang baru dikeluarkan dan yang akan dikeluarkan di masa hadapan (cth., menerusi perlombongan atau pancangan). Metrik ini membantu menilai potensi inflasi dan impaknya kepada harga aset.
  • Volum dagangan, volum beli dan volum jual. Metrik ini mencerminkan aktiviti dagangan dalam kumpulan tertentu dengan volum beli dan jual membentuk volum dagangan. Volum tinggi selalunya menunjukkan trend yang kuat atau kecairan yang stabil, manakala perubahan mendadak mungkin menunjukkan pergerakan harga akan datang atau manipulasi pasaran.
  • Transaksi, beli dan jual. Transaksi merujuk kepada token beli atau jual dalam kumpulan. Metrik berasingan untuk beli dan jual memberikan gambaran mendalam kepada dinamik harga. Sebagai contoh, dalam kumpulan WBTC/WETH, membeli WBTC akan mengurangkan bekalannya dalam kumpulan dan menaikkan harganya relatif kepada WETH.
  • Pedagang, pembeli unik dan penjual unik. Metrik pedagang menjejak alamat blok rantai unik yang beraksi sebagai pembeli atau penjual dalam satu kumpulan. Anda juga boleh menganalisa nilai berasingan untuk pembeli dan penjual unik. Satu bilangan pedagang yang tinggi menunjukkan kumpulan aktif dan kepercayaan pengguna yang kuat.

Memaparkan keputusan

Secara lalai, keputusan disaring anda adalah dipaparkan dalam jadual yang mudah dibaca, di mana anda boleh melihat semua data dari penapis anda.

Anda boleh menukar antara set lajur berbeza menggunakan bar alat.

Sebagai tambahan kepada lajur standard, anda boleh menambahkan dan mensesuaikan lajur tambahan dengan mengklik butang + di bucu atas kanan jadual.

Sukakan data visual? Anda boleh menukar kepada paparan berasaskan carta untuk menganalisa metrik utama dengan lebih baik.

Kami harap Penyaring DEX ini berguna dalam analisis pasaran kripto anda. Kami akan terus menambah baik penyaring kami, jadi kami mahu tahu pendapat anda. Sila hantarkan maklum balas dan cadangan anda, ia membantu kami memperbaiki TradingView.

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami