Downloading...

Data Zhengzhou Commodity Exchange di TradingView

Aug 12, 2024

Kami terus menambahkan lebih banyak data untuk membantu anda menelusuri setiap bucu pasaran sejagat. Pada hari ini, kami memperkenalkan Zhengzhou Commodity Exchange (ZCE), yang sekarang menyediakan data niaga hadapannya terus kepada carta anda.

Ditubuhkan pada tahun 1990 sebagai bursa pertama dalam pasaran niaga hadapan China, ZCE beroperasi di bawah kawal selia China Securities Regulatory Commission (CSRC). ZCE komited dalam mengekalkan persekitaran yang telus, adil dan saksama. Untuk memenuhi prinsip-prinsip ini, bursa ini mematuhi kawalan standard yang ketat, termasuk keperluan margin, had harga harian, penyelesaian tanda ke pasaran harian (daily mark-to-market settlement) dan penghantaran secara fizikal, dengan pada masa yang sama terus membangunkan platformnya untuk kekal sejajar dengan pembangunan dan inovasi pasaran.

Dengan sistem elektronik yang teguh untuk dagangan, penghantaran, penyelesaian dan aktiviti-aktiviti lain, ZCE  menawarkan niaga hadapan pada gandum biasa, beras awal dan kapas, termasuk juga pelbagai komoditi lain. Secara keseluruhan, aset bursa ini merangkumi bidang penting ekonomi negara, termasuk pertanian, tenaga, kimia, tekstil, bahan pembinaan dan industri metalurgi. Dengan kepelbagaian ini, volum dagangan ZCE mencecah 3.53 billion kontrak pada tahun 2023, mewakili 41.56% untuk pasaran negara dan nilai dagangan mencecah 128.4 trillion RMB.

Dan sekarang, Zhengzhou Commodity Exchange telah diintegrasikan dalam penawaran data pasaran TradingView. Dengan integrasi ini, anda boleh mengakses dengan mudah data niaga hadapan, termasuk hadaoan untuk epal, Jujube China, kaca rata dan ferrosilicon, tanpa perlu meninggalkan carta anda. Hanya buka carian simbol dan taip ZCE: untuk melihat semua aset yang ada.

Selain daripada itu, anda boleh menganalisa data baharu dengan kefungsian termaju yang meliputi keupayaan untuk bertukar antara harga penyelesaian dan harga akhir, kontrak dilaras belakang dalam hadapan berterusan dan menggunakan nilai Open Interest untuk menilai kontrak.

Kami harap tambahan kepada data kami ini akan membantu anda menerokai pasaran hadapan dengan lebih baik. Jangan lupa bahawa platform kami secara berwibawa menyambungkan dengan ratusan suapan data, dengan akses terus kepada 1,357,880 instrumen dari seluruh dunia. Semua ini menjadikan TradingView sebagai satu-satunya sumber yang anda perlukan sebagai titik masukan untuk segalanya pasaran.

Terokai semua pasaran

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami